Pengenalan



Sejarah Penubuhan

Revolusi Melayu Baru (RMB) pada awalnya ialah laman blog yang banyak membincangkan isu-isu sejarah yang telah diselewengkan. Antara topik yang dimaksudkan ialah seperti dakwaan Keris Taming Sari ialah dari Nabi Ibrahim, Nabi Adam turun di Gunung Jerai dll. Maka sekitar 2015, blog ini dibina bagi membincangkan isu-isu seperti itu.

Lalu tujuan dan hasrat laman ini semakin hari semakin besar dan luas. Sehinggalah pada bulan December 2018, Revolusi Melayu Baru telah mengadakan mesyuarat bersama beberapa kumpulan lain untuk bersatu di bawah satu bumbung bagi melicinkan lagi jalan kerja.

Pada 2019, tertubuhlah Gerakan PENA Malaysia sebagai induk kepada bumbung perjuangan. Segala entiti Revolusi Melayu Baru juga masih dikekalkan namun, telah diserap sebagai Lajnah Sejarah Dan Tradisi Gerakan PENA Malaysia. Pada 18 November 2020, Revolusi Melayu Baru telah menukar namanya kepada Legasi Pemikir - LEKIR.


Logo Legasi Pemikir - LEKIR







Misi Dan Visi

1. Sentiasa membentengi pertahanan dalam menjaga ketulenan Islam.

2. Sentiasa membentengi pertahanan dalam menjaga maruah Islam dan rumpun Melayu.

3. Memelihara sejarah daripada dimamah zaman.

4. Memperluaskan bidang perbincangan ilmu sehingga ke dalam bab perubatan, sains, geopolitik, geografi, dll.

5. Sentiasa bersuara dalam hal-hal yang melibatkan kedudukan Islam dan rumpun Melayu.

6. Membawakan ilmu untuk semua lapisan masyarakat.



Comments