Amalan Nusantara juga banyak melibatkan isu memotong kepala. Kebiasaannya orang Nusantara memenggal kepala orang lain kerana ritual sihir, dendam dan hukuman kejam kampung setempat . Mereka juga memancung kepala untuk membuka tapak baru atau untuk membina jambatan dengan iktikad bahawa penunggu di tempat itu tidak akan mengamuk. Juga ada yang menjadikan kepala sebagai hantaran perkahwinan bagi membuktikan keberanian pihak lelaki. Mangsa pancung terdiri daripada semua lapisan masyarakat samada dikenali atau tidak dikenali, kanak-kanak, warga tua lelaki mahupun perempuan.
Mereka mempelajari ilmu tertentu dalam memenggal kepala orang ini. Ada pantang larang mereka dalam melakukan misi mereka mengikut kepercayaan mereka sendiri. Ada kalangan mereka yang memotong kepala kerana perjanjian dengan jin dan ada juga yang kerana perang dan kebencian. Malah ada nama-nama gelar sendiri kepada pemotong kepala ini.
Misalnya kaum Dayak yang terkenal dengan Ngayau. Sabah juga akan terlintas di genap fikiran mereka perkataan 'Pengait' apabila isu ini dikemukakan. Juga tidak lupa Renceh di kalangan Minangkabau dan juga konflik 80-an di Malaysia yang mengingatkan 'India Penggal Kepala' atau 'India Sabit'. Habis sekalian kanak-kanak yang melihat India yang membawa sabit untuk lari lintang pukang kerana takut diambil kepalanya. Sedangkan orang Melayu juga antara yang berburu kepala pada waktu itu.
Bagi mereka yang veteran, maka akan mengimbau zaman Jepun yg sinonim dengan adat memancung pesalah. Perkataan yang sangat ditakuti pada waktu itu ialah " Kapla Potong" yang mana akan dibawa pesalah untuk dipancung.
Maka budaya memancung atau memotong kepala sememangnya tidak asing di dalam adat Melayu dahulu.
Bagaimana pula pancung atau potong kepala dalam dalam pandangan Islam?
Tidak ada hukum pancung di dalam Hudud. Cuma Islam membenarkan pancung di dalam Qisas dan perperangan.
Surah Al-Baqarah, ayat 179:
Qisas ialah di mana seorang pembunuh, dihukum bunuh. Jika dia memutuskan tangan sahabatnya, maka tangannya pula perlu diputuskan berdasarkan Qisas ini. Namun Qisas hanya boleh dilakukan oleh pemerintah sahaja.
Oleh itu, pembunuh adalah layak menerima hukuman Qisas pancung. Tetapi masih lagi Islam memperketatkan kepada pembunuh yang bagaimana Qisas pancung boleh dijalankan.
1. Pembunuh mestilah membunuh manusia. Membunuh haiwan tidak perlu di Qisas.
2. Pembunuh membunuh dengan kehendaknya dan kemahuannya dengan sengaja. Jika tidak sengaja, maka tidak perlu Qisas.
3. Pembunuh yang membunuh dalam keadaan tidak waras (gila / mabuk) juga tidak perlu di Qisas.
4. Qisas diminta oleh waris. Jika tidak diminta, maka perlu membayar Kaffarah. Jika Kaffarah juga tidak diminta maka dilepaskan.
Maka dapat dilihat betapa ketatnya hukuman pancung yang boleh dijalankan di dalam Islam. Bukannya sewenang-wenangnya mencari mangsa dan memenggal kepala mereka.
Kepada pemotong kepala nusantara, perbuatan yang kalian lakukan ialah dosa yang besar. Melibatkan nyawa insan yang tidak bersalah dan kadang kala menghukum kesalahan manusia secara berlebihan dan zalim. Kami RMB meminta supaya kalian bertaubat kerana sesungguhnya Allah maha menerima taubat. Tidak kira berjuta manusia yang telah kalian bunuh, Allah maha menerima taubat. Semoga Allah menerima taubat kalian.
Menjadi kelaziman orang kita yang suka mengugut potong kepala dalam keadaan marah. Misal:-
"Aku taknak tengok muka kau lagi. Kau datang sini lagi, aku potong kepala kau!" Sambil menghalakan parang kepada mangsa ugut.
Ini semua ialah jalan-jalan kehidupan orang Nusantara sendiri. Oleh itu, kita bendung segala perbuatan pancung yang bercanggah dari syariah ini. Kita tegah segala perbuatan pancung daripada mereka yang amalkan sihir dan ilmu nenek moyang. Kita tegah juga pemenggal kepala daripada kalangan pedendam, hamba nafsu serapah.
Mungkin ada yang tertanya apakah asbab artikel ini diketengahkan di zaman moden ini. Mungkin ramai diantara pembaca sendiri fikir bahawa amalan memenggal kepala seperti ini sudah tidak ada lagi di zaman moden.
Hakikatnya, pada zaman 2000-an, masih ada amalan ini berkeliaran. Video-video pembunuhan kejam dan tidak memberi kemanusiaan kepada orang awam secara rawak (randomly) telah dimasukkan di dalam laman web KariNgeri yang akhirnya telah diharamkan laman web tersebut di Malaysia. Kemudian KariNgeri juga muncul dengan 'link' berbeza tetapi tetap diharamkan lagi. Bukti, dimana kekejaman seperti diceritakan tadi masih wujud dalam dunia moden.
Juga penulis pernah tinggal di Sabah dan Sarawak pada tahun 2009 hingga 2012. Dalam tahun 2011 hingga 2012, hampir setiap bulan pasti ada sahaja berita setempat tentang orang daripada suku tertentu ditetak kepala atau diparang kepala oleh orang suku yang lain. Pokok tidak bergoyang kalau tiada anginnya.
Tidak lupa juga berberapa keratan akhbar kita yang mengisahkan mangsa bunuh dijumpai tanpa kepala. Bukti, bahawa amalan ini masih wujud di zaman moden ini.

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

Wallahualam
________________________________
️~ Ibnu Tuzah ~
-Telegram Channel: http://bit.ly/28ZmJcp
- Facebook: https://www.facebook.com/revolusimelayubaru/
Comments
Post a Comment