SEJARAH BAJU KEBAYA DAN APLIKASINYA DALAM SUNNAH

Kebaya ialah pakaian tradisional bagi wanita di Nusantara. Pakaian ini pada asalnya hanya diperagakan oleh orang-orang kenamaan. Di sini ada dua pandangan tentang dari mana asalnya Kebaya.

Pandangan pertama ialah, ia dibawa oleh pengaruh pedagang-pedagang Arab. Hal ini kerana pakian 'Abaya' di timur tengah yang kemudiannya dijadikan 'Kebaya'.

Pandangan kedua pula ialah, baju Kebaya ialah pengaruh daripada budaya China yang sangat banyak sangkut paut dengan dunia Melayu. Oleh itu, baju-baju kebaya mempunyai bentuk jahitan yang mirip dengan 'Cheong Sam' iaitu pakaian tradisional wanita China.

Namun daripada pandangan ini, dapat dilihat bahawa pandangan pengaruh dari China itu lebih kuat kerana Kebaya sememangnya mirip dengan Cheong Sam dan sangat jauh bezanya dengan Abaya. Malah, pemakaian ini masih diperagakan oleh Baba Nyonya (Melayu Peranakan Cina) di Melaka dan Pulau Pinang. Sementara Melayu Peranakan Arab yang tinggal di Nusantara pula kebanyakannya masih mengenakan Abaya dan bukannya Kebaya.

Hari ini, Baju Kebaya dijadikan pakaian seragam bagi kebanyakan pramugari syarikat penerbangan di Nusantara. Malah ada juga lapisan masyarakat yang mengenakannya di pejabat.


ADAKAH SUNNAH MEMAKAI KEBAYA?
Baju Kebaya sebenarnya mempunyai jahitan yang mengikut bentuk badan. Hal ini membuatkan pemakainya ibarat membalut tubuh mereka dan ini bertentangan dengan syariat menutup aurat. Oleh itu, pemakaian Baju Kebaya sebenarnya tidak sesuai untuk diperagakan di tempat awam.

Namun, pemakaian ini sangat sesuai untuk diperagakan dalam rumah di hadapan suami mereka. Kebaya mempunyai warna dan corak yang sangat menarik beserta potongan ramping dengan gaya tradisional yang memenuhi krateria sopan orang Melayu. Walaupun tidak sesuai untuk diperagakan di luar rumah (kerana tidak menepati syariat menutup aurat), tetapi sangat baik jika dipakai di dalam rumah. Hal ini kerana isteri yang baik ialah isteri yang menjadi penyejuk mata suaminya.

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ
Pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab beliau, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci”
(HR. An-Nasai no. 3231 dan Ahmad 2: 251. Syeikh Al-Bani mengatakan hadis ini hasan sahih)

Maka tidak ada hadis khusus yang mensunnahkan memakai Kebaya. Namun boleh mengharapkan pahala apabila memakainya untuk mendapatkan redha suami seperti hadis di atas.

Wallahualam
___________________________
~ Ibnu Tuzah ~
_____________________________

Baju Kebaya


Baju Cheong Sam


Baju Abaya



Comments