OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Amalgamasi dapat disingkat menjadi satu algoritma: A+B+C=D
Dimana A, B dan C adalah budaya yang berlainan, lalu bercantum, kemudiannya membentuk satu budaya baharu iaitu D.
Contohnya adalah banyak kaum cina datang ke Melaka pada masa pemerintahan Sultan Mansur Shah. Masa tersebut merupakan kemuncak hubungan China-Melaka sampai Puteri Hang Li Po dikirim ke Melaka lalu berkahwin dengan Sultan Mansur Shah dan tinggal di sebuah penempatan khusus yang kemudian dipanggil Bukit Cina.
Tentang Hang Li Po itu agak misteri. Tidak ada catatan dari istana Ming akan wujud dia. Apakah catatan tersebut hilang atau dimusnahkan, sebagaimana rekod rasmi pelayaran Cheng Ho yang sengaja dibakar. Atau memang sengaja tidak dicatit, atau memang kejadian ini tidak pernah berlaku. Wallahu'alam.
Namun bagi golongan yang memandang Sulalatus Salatin sebagai naskah sastera-sejarah, maka kisah Hang Li Po menjadi hujah kewujudannya. Dan ini adalah pandangan jumhur.
Harus kita ketahui bahawa Melaka yang telah mengislamkan beberapa negara tetangga dengan misi perkahwinan. Sultan Melaka menghantar kaum kerabatnya ke tiga buah negari Melayu.
Dari sini dapat diperhatikan bahawa para puteri dan kaum wanita bangsawan memiliki beban diplomatik dan tidak bebas untuk menentukan bakal suami mereka.
Kembali pada Hang Li Po atau Han Libao, kemungkinan dia bukan puteri Maharaja Zhengtong. Sebaliknya adalah kaum kerabat atau bangsawan Ming. Hal ini lumrah dilakukan oleh Istana Cina ketika mengirim 'puteri' keluar dari Negara China untuk perkahwinan diplomatik.
Hang Li Po datang le Melaka pada masa pemerintahan Maharaja Zhengtong pada era Tianshun (1457-1464). Khabarnya Puteri Hang Li Po anak Maharaja Jingtai, adik Maharaja Zhengtong. Kedua-dua adik beradik ini mempunyai hubungan yang tidak baik.
Zhu Qiu merampas tahta abangnya - Mahajara Zhengtong ketika dia ditawan oleh Monggol pada Perang Tumu lalu mengistiharkan diri sebagai Maharaja Jingtai. Sesudah Maharaja Zhengtong pulang ke China, dia dikenakan tahanan rumah sehingga adiknya mangkat. Setelah itu beliau sekali lagi naik menjadi maharaja buat kali ke dua.
Bersama Sultan Mansur Shah ini, Hang Li Po memiliki dua orang putera iaitu Raja Paduka Seri Mamat dan Paduka Seri China.
Para pengiring Hang Li Po yang jumlahnya ratusan orang itu turut tinggal di Bukit Cina. Kemudian para pedagang Cina juga semakin ramai yang tinggal di kawasan tersebut.
Adalah lumrah dalam pentadbiran Melaka untuk mengasingkan penempatan 'orang luar' terutama kaum pedagang dari tempat tinggal penduduk tempatan.
Kaun Cina yang tinggal di Melaka telah membentuk satu budaya baharu. Salah satu penyebab utamanya adalah perkahwinan antara ras. 'Tokey' Cina berkahwin dengan penduduk tempatan terutamanya para hamba Suku Jawa, Bali, Batak dan Pulau Nias. Mereka kemudiannya dikenal sebagai Cina Peranakan atau Baba Nyonya.Kaum Baba Nyonya (Cina Peranakan Melaka) ini kemudiannya menyebar ke Singapura dan Pulau Pinang.
Di Indonesia, kaum Peranakan juga wujud, tempatnya di Tangerang manaka di Siam ada di wilayah Phuket yang dipanggil Baba Phuket. Asal Baba Phuket adalah dari Pulau Pinang.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments
Post a Comment