OLEH: Pen Merah
Baru-baru ini, telah heboh di Mata kaca masyarakat apabila sebuah syarikat tudung yang terkenal telah melancarkan edisi tudung barunya. Apa yang menarik perhatian penulis, Tema dan pelancaran tudung tersebut dilakukan di sebuah tempat yang tertutup dan khas untuk tetamu undangan sahaja iaitu di sebuah Kelab Malam.
Tidak cukup sekadar dengan perlancaran tudung baru, disajikan pula dengan aktiviti seperti menari dan menyanyi. Walaupun penulis tidak berminat dengan dunia hiburan tetapi penulis selalu mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa.
Secara peribadi penulis tidak pernah bersetuju malah kecewa apabila perkara ini terjadi, malah tindakan ini juga dilihat sebagai suatu penghinaan terhadap syariat agama Islam. Islam menyuruh kaum wanita untuk menutup aurat mereka agar terhindar dari fitnah dan menjaga kesucian norma kaum Hawa. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang merasakan bahawa agama Islam itu perlu berubah mengikut peredaran zaman yang kian mendatang dari semasa ke semasa menyebabkan syariat Islam itu sendiri yang kian pudar.
BUKAN SEKADAR PERKATAAN
Definisi syariat itu sendiri merujuk kepada garis panduan dan tatacara hidup yang berteraskan kepada Islam itu sendiri kepada semua muslim dan muslimat. Sebagai mana yang diperintahkan Oleh Allah s.w.t kepada Umat Nabi Muhammad. Namun pemikiran masyarakat pada masa kini yang salah mentafsirkan erti Syariat itu sendiri menyebabkan berlakunya salah faham terhadap agama Islam. Akibatnya pehamaman Agama Islam itu sendiri dilihat sebati dengan agama-agama lain.Bagi pendapat penulis, sebagai muslim kita sewajarnya perlu kembali merujuk semula kepada Al-Quran dan Hadis bila berlaku sesuatu permasalahan dan bukannya merujuk kepada pemikiran masyarakat majmuk semata-mata. Berdakwah itu biarlah betul di tempat dan salurannya. Penulis khuatir suatu hari nanti, tidak mustahil syariat Islam akan disalah gunakan atas nama dakwah. Pada masa itu, nasi sudahpun menjadi bubur, tepuk dada tanya iman.
6 Mac 2018
___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment