Gambar Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab?

OLEH: Taufiq Tuah

Telah tersebar di ruang maya gambar seorang yang berbangsa Arab, didakwa ia merupakan gambar kepada Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab. Antara gambar yang didakwa ialah,





Gambar-gambar ini tersebar dan pembaca-pembaca mempercayai dakwaan itu dusta tersebut. Di sini diberikan secara ringkas bukti kenapa gambar-gambar di atas BUKAN gambar Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab.


1. Tarikh kewafatan Sheikh Muhammad ialah pada 1793 Masihi. Sementara kamera yang pertama berjaya dibuat dengan baik ialah pada 1816 Masihi. Adapun sebelum itu (17 Masihi), kamera mesti di ambil gambarnya di dalam tempat tertutup seakan-akan bilik. Namun, gambar yang didakwa tidaklah seperti berada di dalam bilik kamera tersebut.

2. Didakwa juga gambar ini turut memuatkan gambar bersama Sir Percy Cox seorang Major General dari British. Namun perlu diketahu, Sir Percy Cox lahir pada tahun 1864 M sementara Sheikh Muhammad sudah pun meninggal pada 1793 M. Bagaimana mungkin Sheikh Muhammad boleh bertemu dengan Sir Percy Cox? Ia mustahil.

3. Gambar yang didakwa bukan sahaja mencipta wajah Sheikh Muhammad, malah mereka mendakwa lelaki  yang paling hujung itu sebagai Sir Percy Cox. Sedangkan, wajah Sir Percy Cox yang sebenar ialah,




Maka semakin jelas lah bahawa Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab tidak mempunyai sebarang gambar secara 'softcopy' atau 'hardcopy'. Segala gambar bertebaran yang didakwa sebagai gambar Sheikh Muhammad ialah palsu semata-mata.  

Semoga kita tidak tertipu dengan pendustaan yang mereka sampaikan ini. Wallahualam.


___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________



Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .





Comments