Zulkarnain Ialah Alexander? Perbincangan Dari Perspektif Alam Melayu Dan Pandangan Islam

OLEH: Taufiq Tuah

Dakwaan demi dakwaan muncul untuk mengaitkan Iskandar Zulkarnain dengan Alexandre The Great. Ada juga yang cuba mengkaitkan namanya dengan Cyprus The Great. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Artikel ini akan menelusuri samada Iskandar Zulkarnain ialah Alexandre ataupun Cyprus?

PENGENALAN RINGKAS  ISKANDAR ZULKARNAIN
Telah disebutkan namanya di dalam Al-Quran, Surah Al-Kahf, ayat 94:

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

Surah Al-Kahf, ayat 95:

قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu) oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Daripada dua ayat di atas dapat kita buktikan bahawa Zulkarnain ialah orang yang bertanggungjawab untuk membina tembok pemisah antara kita dengan Yakjuj dan Makjuj.

Ada ulama yang mengatakan baginda sebagai nabi dan ada yang mengatakan baginda hanyalah seorang wali. Namun penulis sangat tertarik dengan pandangan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani yang mengatakan bahawa Zulkarnain ialah seorang nabi.

Maka jelas bahawa Iskandar Zulkarnain bukan sahaja seorang raja, tetapi juga seorang nabi. Jikapun pembaca mengambil pandangan bahawa Iskandar Zulkarnain bukan seorang nabi, tetap perlu bersetuju bahawa Iskandar  Zulkarnain ialah nama seorang yang soleh diceritakan di dalam Al-Quran.


ISKANDAR ZULKARNAIN IALAH ALEXANDER ATAU CYPRUS?
Perlu kita jelaskan dahulu siapakah tiga nama yang cuba dikaitkan ini.

1. Iskandar Zulkarnain:  Nabi / Wali dengan agama menyembah Allah SWT.

2. Alexander:  Raja kafir  dan mendakwa dirinya anak dewa.

3. Cyprus: Raja kafir dari Parsi beragama Majusi.

Jelas bahawa tiga insan ini mempunyai sifat yang sangat berbeza. Bagaimana mampu  dua orang kufur ini cuba disamakan dengan seorang lelaki yang soleh? Sudah tentu lah tidak boleh.


PENJELASAN
Ramai orang kita yang terkeliru bahawa apabila jalan cerita sirahnya hampir sama, maka mungkin ia melibatkan orang yang sama.

Namun hakikatnya itu bukanlah kaedah kita mempelajari sejarah. Seperti contoh di dalam bab sebelum ini, kita tidak pernah menyamakan Mas Malikundang dengan Si Tanggang atau juga tidak pernah menyamakan Sang Kelembai dengan Medussa. Kita tidak samakan Raksasa Tasik Chini dengan Raksasa Loch Ness. Malah jauh sekali kita ingin samakan Raja Bersiung dengan Vlad Drakula.

Hal yang sama sepatutnya kita lakukan apabila ada yang cuba mengaitkan seorang hamba Allah yang soleh, Zulkarnain  dengan orang-orang kafir.

Imam Ibnu Hajar dalam kitab beliau Fath al-Bari memetik kenyataan Imam Fakh al-Razi yang berkata :

“Zulkarnain adalah seorang Nabi, sedangkan Alexander adalah seorang kafir. Guru Alexander adalah Aristotle dan dia mendengar perintahnya, sedangkan Aristotle adalah kafir.”

Maka kita menafikan bahawa Alexander dan Cyprus sebagai Zulkarnain ialah kerana,

1. Agama yang sangat berbeza.

2. Namanya juga berbeza.

3. Sifat yang sangat berbeza (Alexandre kaki botol manakal Cyprus penyembah api)

4. Tidak layak untuk disamakan martabat nabi dengan orang kafir. Hatta jika baginda seorang wali sahajapun tetap tidak layak untuk disamakan.

Hal ini berbeza dengan istilah-istilah Jesus di dalam Bible yang kita kaitkan dengan Nabi Isa AS kerana pengkaitan itu diiktiraf oleh Al-Quran. Namun Al-Quran tidak pernah mengiktiraf Alexader ataupun Cyprus.


NAMA ISKANDAR ZULKARNAIN DI ALAM MELAYU
Nama ini memang juga disebut di dalam kitab-kitab Melayu seperti Sulalatus Salatin, dan juga di dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Hal ini kerana diperjelaskan oleh kita bahawa Raja Merong Mahawangsa ialah anak kepada Iskandar Zulkarnain dari Makadunia (Macedonia).

Disebabkan di dalam kitab itu menuliskan bahawa Iskandar Zulkarnain dari Makadunia, maka mungkin ini lah asbab masyarakat kita mengaitkan bahawa Iskandar Zulkarnain ialah Alexander kerana Makadunia ialah tempatnya orang-orang Yunani ketika itu.

Namun artikel ini masih tegas menolak usaha untuk menyamakan Alexander dengan Iskandar Zulkarnain. Hal ini kerana,

1. Merong Mahawangsa (anak kepada Iskandar) tidak beragama Islam. Maka tidak mengikut agama ayahnya (Jika benar Iskandar Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Quran itu ayahnya).

2. Merong Mahawangsa beragama hindu. Juga tidak sama dengan agama Alexander The Great. Namun agama Yunani dahulu dengan agama Hindu ialah mirip dari segi kedudukan dewa-dewa yang banyak.

Hal ini menguatkan bahawa mungkin Merong Mahawangsa mempunyai darah Alexander The Great tetapi bukanlah Iskandar Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Quran.

Mungkin penulis Sulalatus Salatin pada ketika itu telah tercampurkan budaya Islam di dalam penulisannya. Hal ini kerana kedatangan Islam ke nusantara ialah pada 12 Masihi dan buku-buku ini ditulis selepas daripada 12 Masihi. Maka mungkin penulis juga telah terpengaruh dengan istilah Islam pada zaman itu membuatkan istilah persis 'Iskandar Zulkarnain' dan 'Nabi Khidir' boleh direkodkan di dalam sejarah itu. Uniknya, kedua-dua nama dari Al-Quran ini disebut di dalam kitab Melayu lama di dalam bab tarikh sebelum kedatangan Islam. Maka istilah Iskandar Zulkarnain pun telah dikaitkan dengan Alexander oleh penulis ketika itu.


KESIMPULAN
Iskandar bukan Zulkarnain.

Wallahualam



___________________________
️~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________





Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments

  1. Sy cenderung dgn pendapat yg mengatakan cyrus adalah zulqarnain,kalau x salah sy,cyrus mengikut agama zoroaster yg katanya diasaskan oleh nabi zarasthustra yg asalnya adalah agama tauhid dan akhirnya terselewengkan..sbb kalau x salah sy,majusi adalah berasal dari kerajaan medes,cyrus la yg menyatukan parsi dan medes..lagi 1,mungkin kita boleh lihat pd konteks bagaimana berasal nya(asbabun nuzul) berkenaan zulqarnain ini..Itu berasal dari org quraisy yg berjumpa org yahudi utk bertanya tentang kebenaran tentang nabi muhammad saw..yahudi tu kan suruh bertanya tentang 3 pertanyaan,psl ashabul kahfi,zulqarnain dan psl roh..yg menjadi logik pd pemikiran sy,rabbai yahudi itu menyuruh bertanya psl tu,mungkin mereka mempunyai pengetahuan tentang itu berdasarkan sumber2 dari kitab2 mereka..yg menarik bagi sy,cyrus memang berjasa besar dlm sejarah bangsa yahudi,krn cyrus lah yg membebaskan mereka dari cengkaman empayar babylon(semasa mereka diserang oleh nebukadnezzar kira2 100 tahun sebelum itu..(kemungkinan peristiwa ini berlaku semasa peristiwa nabi uzair ditidurkan)..yg menariknya,nama cyrus memang diabadikan didlm kitab yesaya 40:1 dgn panggilan cyrus kristos(yg diurapi)..wallahualam

    ReplyDelete

Post a Comment