OLEH: Taufiq Tuah
Adapun begitu, isi-isi sejarah di dalam buku tersebut merunsingkan saya. Saya khuatir kalau ada yang terpalit dengan pandangan-pandangan kurang tepat di dalam buku ini. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan nama agama Islam dan sesetengah isu, agak melampau pula mendakwa perkaitan Melayu dengan sesuatu.
Mungkin di dalam topik ini hanya ingin menjelaskan isu 'Pemusnahan Istana Ravana Ialah Di Langkasuka atau Langkapuri. Sebelum membahaskan isu ini, ada baiknya saya terangkan serba sedikit tentang kemusnahan Istana Ravana.
Sejarah Hindu
Kisah ini sebenarnya kisah sejarah Hindu yang melibatkan dewa-dewa Hindu. Perang ini berlaku di antara Ravana dengan Hanuman yang mana Ravana memegang Kerajaan Lanka manakala Hanuman memegang Kerajaan Kishkinda. Hanuman telahpun membina sebuah jambatan besar daripada kerajaannya untuk ke Lanka melintasi lautan. Pertempuran berakhir dengan kemenangan Hanuman dan keruntuhan Istana Ravana.Pergaduhan berlaku kerana Ravana telah menculik isteri kepada Rama. Maka Hanuman pula membantu Rama dalam konflik ini.
Dakwaan Penulis Buku Tersebut
Penulis tersebut mendakwa bahawa peperangan di antara Ravana dengan Hanuman berlaku di Nusantara iaitu di Langkasuka atau Langkapuri. Adapun begitu, penjaga sejarah Hindu mengatakan Lanka yang dimaksudkan ialah Sri Lanka. Apakah hujah penulis buku tersebut untuk mendakwa peristiwa dewa itu berlaku di Langkasuka atau Langkapuri atau Langkawi?Dakwaan penulis ini disokong dengan andaian bahawa kitab lama Mahavamsa (Kitab penulisan Hindu) ada perkaitannya dengan Hikayat Merong Mahawangsa (Kitab penulisan Melayu). Kononnya Portugis juga ada menjajah Sri Lanka maka dua kitab lama ini sengaja diubah atas tujuan menggelapkan sejarah.
Bantahan
1. Saya sejujurnya tidak lah percaya kepada mana-mana sejarah Hindi. Malah saya menolak adanya perkaitan di antara mana-mana tempat dengan mana-mana sejarah dewa. Hal ini kerana keimanan kita sebagai Muslim tidak akan beriman kepada sekutu-sekutu tuhan. Maka anggaplah akidah sebagai sanggahan kukuh atas cerita ini.2. Kerajaan Kishkinda (Hanuman) berada di Selatan India. Manakala Langkapura, Langkasuka dan Langkawi pula terletak di Nusantara. Adakah mungkin sebuah jambatan dari Selatan India boleh sampai ke Nusantara? Sedangkan jambatan dari Selatan India untuk sampai ke Sri Lanka pun sebenarnya tidak masuk dek akal manusia pada zaman moden ini.
3. Bukti arkeologi juga menunjukkan bahawa benar ada jambatan besar daripada Selatan India ke Sri Lanka. NASA telah menemui sebuah jambatan panjang menghubungkan Sri Lanka dengan India yang ditimbus oleh lautan. Jambatan tersebut kelihatan seperti beting pasir dan ini lah antara hujah yang digunakan orang Hindu bagi membuktikan kebenaran kisah di dalam kitab mereka itu berlaku di Sri Lanka.
Juga adanya serpihan Istana Ravana di Sri Lanka tetapi tidak ada serpihan Istana Ravana di Nusantara.
Dakwanya gambar Istana Ravana yang tersebar sebenarnya ialah di Coloseum , Italy. Bagaimana Italy boleh mengambil latar pembinaan seni dewa hindu untuk dipaparkan di Coloseum mereka?
Saya sendiri menghormati apa yang telah tercatat dalam agama Hindu sebagai fahamannya. . Namun sebagai Muslim, saya boleh memikirkan pelbagai kemungkinan lain untuk fenomena jambatan tersebut. Mungkin juga peristiwa itu tidaklah melibatkan mana-mana dewa atau tuhan-tuhan Hindu. Cuma saya tetap tidak menafikan bahawa mereka akan tetap dengan fahaman mereka. Jika mereka mengatakan itu ialah bekas peristiwa dewa mereka, saya tiada hak untuk memaksa mengatakan tidak. Tetapi untuk mendakwa peristiwa itu berlaku di Nusantara, bukti yang lebih kukuh perlu dilampirkan. Sekadar andaian tidak mampu untuk membuktikan apa-apa.
Wallahualam.
Tambahan: Lebih membimbangkan apabila penulis buku tersebut mengatakan 24 senarai nama Budha yang termuat di dalam Mahavamsa ialah diselewengkan dari nama-nama Rasul. Saya kira ini merupakan tuduhan yang sangat berat. Walaupun penulis membuat dakwaan dengan bahasa kabur, ia tetap akan mempengaruhi sesetengah pembaca yang akan percaya bulat-bulat. Walaupun dengan menuliskan "Mungkinkah......" ia tetap bakal mengundang idea andian yang tidak ada buktinya.
Bagaimana penulis boleh mengatakan "Mungkinkah...." untuk diselewengkan nama Rasul daripada nama seperti 'Dipankara', 'Kondana', 'Mangala', 'Sumana' dll. Saya kira penulis buku tersebut perlu kurangkan ketaksuban untuk mendakwa dan banyakkan bukti. Semoga penulis tersebut dirahmati Allah dan diberikan hidayah ke atasnya.
Rujukan:
1. Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .




Comments
Post a Comment