OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Sebenarnya kuda terbang adalah haiwan yang sangat disayangi oleh Nabi Sulaiman dan baginda suka melihat kuda bersayap ini. Akhirnya baginda menyembelih kuda terbang miliknya lantaran ia membuat baginda terlalai (Lihat Qisasul Anbiya Ibn katsir).
Allah merakam hal ini dalam Al Quran:
"Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan”. “Bawalah semua kuda itu kembali kepadaku”. Lalu dia potong kaki dan leher kuda itu.” (Shaad: 32-33)
Dianggarkan kuda terbang milik Nabi Sulaiman sebanyak 20,000 ekor!
Dalam alam Melayu, kuda terbang disebut Kuda Semberani manakala masyarakat Yunani menyebutnya Pegasos. Keyakinan wujudnya kuda terbang ini dikongsi oleh seluruh manusia zaman dahulu.
Satu kaedah yang harus dipegang dalam menilai kisah purba adalah "jika suatu perkara itu dikongsi oleh seluruh bangsa di setiap belahan dunia, kebarangkalian perkara tersebut adalah benar, cuma akan ada kisah-kisah penambahan di dalamnya".
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment