Bagaimana Roman Senate Bersidang?

OLEH: Ahmad Dailami

Bagaimana Roman Senate bersidang?

Gambar ini lakaran yang menunjukkan bagaimana anggota Roman Senate bersidang.

Senate merupakan badan penggubal undang-undang yang memantau urusan-urusan kerajaan di era Republik Rome. Mereka pada asalnya cuma kumpulan penasihat yang bertugas mencadangkan undang-undang, membincangkannya dan meluluskannya serta menasihati pegawai-pegawai Rome (Roman magistrates) dalam menjalankan tugas untuk mengendalikan urusan-urusan pentadbiran seharian.

Sistem politik Amerika Syarikat paling banyak dipengaruhi oleh sistem Republik ciptaan Rome ini, dimana mereka ada dua badan penggubal undang-undang, Senate dan The House of Representatives. Konsep Senate ini berasal usul dari Rome dan Amerika Syarikat memang meniru terus dari Rome. Sistem politik negara kita pula lebih kepada sistem berparlimen yang dipengaruhi oleh sistem British, namun tetap ada juga pengaruh Rome di dalamnya.

Amerika Syarikat ialah demokrasi berpresiden (presidential democracy). Mereka tidak mempunyai raja yang diangkat sebagai ketua negara (Head of State) seperti kita. Sedangkan sistem politik kita ialah demokrasi berparlimen (parliamentary democracy).

Dalam konteks negara kita, seperti juga US, ada dua badan penggubal undang-undang. Satu disebut Dewan Rakyat, yang paling besar kuasa dan pengaruhnya, dan satu lagi disebut Dewan Negara.

Dewan Negara inilah yang mewakili golongan Senate bagi negara kita. Ahli-ahli dewan negara digelar 'senator', sekarang ada 51 orang semuanya dan kebanyakannya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

Kalau tengok dalam gambar ini, pada bahagian dinding terukir ungkapan SPQR, singkatan dari 'Senatus Populusque Romanus' a.k.a The Senate and The People of Rome. Saya telah menjelaskan sedikit sebanyak maksud ungkapan ini dalam penulisan saya yang lepas: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/2018/11/spqr-senatus-populusque-romanus-aka.html


___________________________
~ Ahmad Dailami ~
Lajnah Makalah Sejarah RMB
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments