Bendera Yang Pernah Dipakai Ketika Turki Menakluk Konstantinopel

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Ada dapatan yang lain menyatakan bendera yang dipakai oleh Muhammad Al Fateh pada masa itu berwarna hijau dengan 3 buah bulan sabit dan sebuah bintang berbucu 6.

Maklumat yang saling bertabutan ini semuanya berkemungkinan adalah benar, sebagaimana umat zaman dahulu yang berperang sambil menggunakan pelbagai panji, bagi menyatakan identiti pasukan masing-masing. Pasukan berkuda, pasukan pemanah, pasukan berjalan kaki dan sebagainya.

Kemungkinan bendera warna hijau itu adalah panji pasukan agama saat Mehmed II alias Muhammad Al Fateh menyerbu.

Sebagaimana bendera hijau dengan sebuah bulan sabit berbintang dipakai oleh Negara Uthmaniyah di saat hujung hayatnya.

Semasa Perang Dunia Pertama, ada beberapa keping gambar hitam putih yang sempat diambil, merakam pasukan agama Turki, yang berjalan sambil meniyup serunai 'ney'.

Soalnya dari sekian banyak panji yang dikatakan telah diguna oleh Uthmaniyah, yang mana satukah merupakan panji utama alias bendera negara?

Catatan:
(1) Bendera hijau dengan 3 bulan sabit diandaikan diguna saat menakluk Kostantinopel.
(2) Bendera hijau dengan sebuah bulan sabit diguna oleh batilion agama di masa akhir Uthmaniyah.



___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments