Kapal Sekunar

OLEH: Abu Amru

Kapal Sekunar memiliki 2 tiang layar ini dipanggil Pinisi oleh Melayu Bugis dan Makassar, mampu melawan ombak besar dan serangan ribut! Kapal ini masih dibina sehingga hari ini. Pinisi adalah rekacipta bangsa Melayu Bugis dan dihasilkan menggunakan teknologi serta ilmu sains Melayu.

Menurut naskah Lontarak I Babad La Lagaligo pada abad ke 14, Pinisi pertama sekali dibuat oleh Sawerigading, Putera Mahkota Kerajaan Luwu untuk berlayar menuju negeri Tiongkok (China) bagi meminang Putri Tiongkok yang bernama We Cudai.

Falsafah Sekunar memakai 7 lapis layar adalah menggambarkan bahawa kapal layar sekunar mampu meredah 7 lautan di dunia. Malah sekunar termasuk antara
6 jenis kapal layar terhebat dunia!

Kapal semacam ini juga telah digunakan oleh Kerajaan Aceh bagi menggempur Portugis di Melaka. Sebanyak 320 Kapal Perang dan Sekunar telah digunakan dalam peperangan tersebut.

Jenis-jenis pengangkut air Melayu: Sampan, Jukung, Jung, Sekunar, Kapal.




[Legasi Pemikir - LEKIR]






Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .




Comments