Alam Sebagai Kompas Melayu

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

BAGAIMANA LELUHUR KITA BELAYAR?

Bayangkan pada sekitar 300 sebelum Masihi, leluhur kita telah meredah angin monsun untuk menjelajah ke China dan India.


Kemudian pasa kurun pertama Masihi, keturunan kita telah sampai ke Afrika. Dan pada zaman Sriwijaya pula kita singgah ke Amerika.

Sehingga kita menjadi bangsa pertama membuka laluan dagang terjauh di dunia.

Bagaimana bangsa kita mengemudi kapal mereka tanpa kompas?

Lynda N Shaffer dalam kertas kerjanya yang diterbitkan oleh Percetajan Universiti Hawai yang keluar dalam The Journal of World History 5 (1994), menyatakan bahawa bangsa melayu menjadikan alam sebagai kompas mereka iaitu:

- tiupan angin
- kedudukan bintang
- pergerakan awan
- warna air
- permukaan dan ombak air laut
- kelakuan haiwan terutama burung
- hidupan dan tumbuhan di dalam laut

Sehingga pada sekitar 400 Masihi, bangsa Melayu telah menemukan 2/3 laluan lautan di dunia.




___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments