OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Nabi telah melantik Usaib Bin Attab menjadi Gabenor setelah Fathul Makkah dengan gaji harian 2 dirham dan 2 helai kain baldu.
Usaib ketika ini berusia 22 tahun dan memerintah tidak lama kemudian wafat.
Yang jelas, beliau adalah org pertama dalam Negara Islam Madinah yg mendapat gaji dari kerajaan.
Ada gabenor yang dibayar gaji dengan perolehan ladang, maknanya gajinya bukan dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk hasil tuaian.
Sementara itu, amik zakat dibayar dengan sistem komisyen. Islam menetapkan 1/8 dari pungutan zakat menjadi milik amil.
Sistem ini memberikan motivasi kepada para amil untuk bekerja dengan cekap dan rajin.
Kemudian harta zakat tidak akan disimpan lama dalam Baitul Mal, selalunya Nabi akan habiskan dalam masa 3 hari sahaja!
Ketika di zaman Umar, perbatasan negara makin meluas dan sampai ke sempadan negara musuh. Oleh kerana itu Umar menubuhkan pasukannya tentera dan dibayar gaji.
Persoalannya: dari manakah wang yg banyak untuk membayar gaji tentera ini?
Jika di zaman Nabi dan Abu Bakr, tentera yg berperang tidak mendapat gaji sebaliknya hanya akan mendapat ganjaran melalui ghanimah iaitu harta rampasan perang. Maknanya juga adalah ganjaran di dapatkan setelah peperangan dan sekali sahaja.
___________________________
Abu Amru Radzi Othman
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment