3 Peringkat Pengislaman Ranah Minang

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Ranah Minang di Islamkan dalam 3 paringkat dan paling berpengaruh adalah dari Acheh dimana Putra Koto Panjang Pariaman, nama aslinya Pono dan ditukar jadi Burhanuddin masuk Islam dan kemudian pergi belajar kepada Syeikh Abdul Rauf Singkel yang menganut sufi Sathariah (sesetengah ahli sejarah menyebutkan tarikat Naqshabandiah dan Qadiriyah mula diamalkan oleh Syeikh Sidi Ilyas, cicit Syeikh Burhanuddin.)

Selepas inilah Pagaruyung menganut Islam hingga kesemua rakyat berislam. Tetapi watak masyatakat masih mengikut budaya jahiliyah, sedikit sahaja yang mengikut ajaran Islam. Menurut HAMKA, Syeikh Burhanuddin Ulakan pulang ke Ranah Minang pada 1680M. Beliau menubuhkan pasentren di Surau Tanjung Medan dan Surau Ulakan.

Waktu itu, umat masih banyak bertabaruk dan bertawasul ke kubur, berjudi, sabung ayam dan hal-hal keji yang lain.

Hal ini berlarutan hinggalah kembalinya 3 ulama Minang yang pernah mengaji di Al Azhar dan Makkah.

Di Mesir, setelah selesai pengajian, mereka menjadi tentera Turki dalam menentang Perancis. Dinyatakan bahawa mereka sangat menyerlah dalam Pertemuran Pyramids.

Sementara Makkah pula di bawah Dinasti Qitadah yang menjadi negeri vassal kepada Uthmaniyah.

Perlu kita ketahui bahawa Mesir, Turki dan Daulah Qitadah adalah musuh kepada Negara Dariyyah dan Gerakan Wahabi.

Maka setelah mereka kembali ke Ranah Minang pada 1800, bermulalah Gerakan Paderi pada 1803. Mereka dikenal sebagai Tiga Orang Haji.

Kemudian gerakan ini mendapat dokongan dari Tuanku Nan Ranceh, seorang alumni madrasah Ulakan tadi. Gurunya adalah Tuanku Nan Tuo, Mursyidh Tarikat Shatariyah. Malah Tuanku Nan Tuo sangat berperanan menubuhkan kaum Paderi.

Gerakan ini, yang mendapat semangat pembaharuan dari Al Azhar dan kesan peperangan antara Turki dengan Perancis telah berjaya mengenepikan Kaum Adat yang terdiri dari pentadbir Negeri, lalu menubuhkan Daulah Islamiyah.

Daulah ini disokong oleh 8 ulama yang mendapat pendidikan dari jalur Syeikh Burhanuddin Ulakan, dan mereka di kenal Harimau Nan Salapan.

Kaum Paderi yang memakai jubah putih, mengendong beg kain merah dan membawa naskah Al Quran disamping mengikat serban telah menjalankan undang-undang yang ketat dan keluar dari hukum fiqh 4 mazhab Ahli Sunnah. Mereka bukan sahaja keras berhukum malah banyak dari hukum tersebut bersifat kejam.

Atas sifat kasar dan kejam inilah ramai orang berasumsi bahawa Kaum Paderi ini membawa ajaran Wahabi.


Andaian ini sangat jauh dari kebenaran, malah dibuat atas sifat gopoh dan kurang mengerti manhaj Wahabi.

Yang nyata, kaum Paderi sangat akrab dengan Mazhab Asyaariyah dan Sufi Tarikat Shatariyah.

Lebih kuat adalah tidak ada pun satu kitab Wahabi yang diajar oleh kaum Paderi kepada rakyat!

Jika kita telesuri, banyak sisi yang menolak kaitan antara Wahabi dan Paderi. Kajilah keduanya agar kita menjadi insan yg adil.



___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments