Bunga Tulip Dan Kerajaan Islam

OLEH: Muhamad Hazim


Jika diteliti, antara sarjana Islam yang terawal mengkaji tentang bunga & herba ialah Ibnu al—Baitar dan Al—Ghafiqi yang berasal dari Spain.

Berkaitan tulip pula, Sultan Selim II sudah meminta 50000 bulbs tulip dari Syria untuk ditanam di taman sekitar istana. Selanjutnya, Sultan Ahmet III juga sangat menyukainya sehingga membawa tulip yang hidup secara liar di Asia Tengah ke Turki. Tulip yang dianggap bunga diraja ditanam sekitar istana hinggakan sasterawan menukilkan keindahannya di dalam puisi2 mereka dan tergambar dalam hiasan2 di pelbagai barangan. Bunga ini tersebar ke negara2 Eropah kerana kekuatan jalinan mereka dengan kerajaan Uthmaniyyah.

Tetapi pada kurun ke—16, Belanda telah bawa tulip pulang dan dipasarkan dengan harga yang begitu tinggi serta menjadi komoditi yang begitu dominan dalam pembangunan ekonomi mereka. Menjelang kurun ke—17, harga tulip jatuh merudum kerana terlampau banyak dan mudah diperoleh di mana2 sahaja.

Tulip berkembang selalunya ketika musim bunga dan menjadi layu ketika musim panas hingga pupus sewaktu musim salji tetapi melemparkan 'senyumannya' kembali ketika musim bunga yang akan datang.

Menyedihkan kerana sehingga kebanggaan kepada bunga tulip juga ingin dirampas Belanda daripada Empayar Uthmaniyyah dan dijadikan identiti mereka hingga kini. Apatah lagi kincir angin yang dicipta oleh umat Islam juga dirampas dan dikatakan milik & rekaan mereka.

Komen dan perkongsian anda sangat2 dialukan

___________________________
~ Muhamad Hazim ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________

Comments