OLEH: Amirul Mukminin
Oleh kerana sejarah mereka yang panjang, Bangsa ini menunjukkan kehebatan mereka dalam keilmuan, politik dan peperangan. Dalam sejarah muslim, selain terlibat didalam pemberontakkan bersama khawarij, Kurdi juga melahirkan tokoh-tokoh agama, sastera dan politik yang hebat seperti Salahuddin Al-ayubbi, Syeikh Abd Qadir al-Gilani , Mahdi b Maymun aka. Ibn Kurdi (ahl hadith), Putera Sharaf Khan Bitlis (penulis sejarah bangsa kurdi yang menjadi rujukan primer), Mulla Gurani (mufti kepada Muhammad II al-fateh), Syeikh Ismaili (pendiri Syiah heterdoks Kizilbash-Alevi), sehinggalah Mujadid Badiuzaman Said An-nursi. Bahkan dalam sejarah modern begitu banyak tokoh-tokoh politik kiri-kanan, pemikir , penyanyi (termasuk di Rusia), pengarah filem dsb dari bangsa kurdi.
Dalam sejarah juga kita mendapati Kurdistan adalah seperti Al-Syam bukanlah sebuah negara. Ia adalah sebuah wilayah/rantau yang terdiri diantara Iraq-Iran-Turki dan Syria. Semasa zaman Osmaniyyah (1850-1914) , wilayah Kurdistan diberi kuasa semi-merdeka dengan system Millet. Sistem ini berjalan baik sehinggalah persaingan kuasa berlaku diantara syaikh kurdi dan melarat kepada perebutan kuasa politik. Perjanjian Skye-Picot 1916 telah mengabaikan wilayah ini dengan membahagikan peta Asia-Barat tanpa Kurdistan. Hasil dari desakkan Bangsa Kurdi, Pasca-perpincangan Kurdistan di Kaherah 1919, British telah meletakkan bangsa kurdi terpecah kepada autoriti negara bangsa yang baharu seperti masa ini.
Maka kerana ranah politik negara-bangsa yang tidak-alami dan buat-buatan itu, bangsa kurdi telah menghadapi tekanan, penafian hak di bawah system peemrintahan yang mereka diami. Baik di Turki dibawah kemalism, Baathism di Iraq dan Syria serta dibawah Khomeinism Iran. Mereka gagal untuk mempertahankan identiti etnik mereka. Penyeruan kepada penubuhan negara muncul berdasarkan ethno-nasionalism.
Gerakan pembentukkan Kurdistan melalui jalan sukar.
Tekanan dari negara yang keras menentang kemerdekaan negara-bangsa mereka, dan kesukaran idealogi antara kelompok kurdi sendiri. Sebahagian mereka menentang sebahagian lain dan mereka juga terdapat hubungan trans-nasional sesame mereka. Barzani dari KDP yang paling berpengaruh di Iraq misalnya menentang gerakan Komunis Kurdi PKK manakala parti PUK menyokong penuh PKK, Turki. Gerakan Islamist Kurdi di Syria menentang YPG (komunis kurdi Syria) dan beitulah selanjutnya. KDP Iran pula merupakan ancaman kepada kestabilan Iran disamping mendapat sokongan Amerika. Namun secara keseluruhannya semua golongan Kurdi terutama yang bersenjata mendapat sokongan moral dan persenjataan dari Israel dan Amerika (kecuali golongan islamist-kurdi).
Setelah kejatuhan Sadam, Amerika dan Iran telah memecahkan Iraq kepada 3 bahagian dan diberi kuasa semi-autonomi kepada Kurdi. Manakala perebutan kuasa antara Sunni-Syiah masih kuat berlaku di Baghdad sehingga proksi Iran Al-Maliki dan Al-Abadi terus kekal di kuasa tertinggi. Referendum 25 September 2017 baru-baru ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Hasrat sekianlama kini jadi nyata, dengan segala eviden yang diketengahkan 97% menyatakan ‘Ya’ bukanlah sesuatu yang aneh. Namun persoalan yang besar apakah kesan-akibat dari penubuhan Kurdistan ini kelak ?
1- Kurdistan tidak akan stabil.
Secara dalaman Kurdistan tidak mampu berdiri sendiri. Ini kerana Barzani menghadapi musuh-nya yang tidak demokratik seperti Patriotic Union of Kurdistan di ketuai oleh Jalal Tabalani, yang menyokong PKK Turki , Gerakan Goran Kurdi pro-marxis Iran , dan KIG islamis Kurdistan Iraq..
Barzani dan kerajaan KRG mempunyai masalah dalaman kerana beliau sendiri sudah seharusnya bersara pada 2011 dan dipanjangkan demi mencapai hasrat ini, malangnya apakah orang dalaman parti mampu bersabar untuk peralihan kuasa ? , kerebutan kuasa ini akan memanipualsi dengan mempolitikkan isu ekonomi yang masih belum berbenih Kurdistan. Kurdistan buat masa ini sepenuhnya bergantung pada sumber minyak yang dikuasai oleh syarikat Botas (milik Turki), dan Rosneft (milik Rusia). Malangnya kedua-dua negara ini tidak merestui penubuhan Kurdistan. Pengangguran juga meningkat kebelakangan ini di wilayah Kurdistan.
Sekali lagi Kurdistan terdedah pula pada ancaman luar. Pashemerga (tentera KRG) yang mendapat bantuan langsung dari Turki, Russia, Israel, dan Amerika kini sudah kehilangan sokongan kecuali dari Israel. Sudah tentu kerajaan persekutan Iraq dengan bantuan Iran mampu menyerang Kurdistan secara langsung mahupun secara proksikal.
2- Kurdistan bakal menyahstabilkan rantau Asia-Barat
Kedudukan Kurdistan yang terancam itu mampu menimbulkan lagi kompleksiti Asia-barat. Selain ketidak stabilan dalaman yang bakal mengugat keselamat rakyat, ia juga bakal membentuk perang antara Mazhab dan idealogi di Asia barat semakin meruncing.Millitia shia dari Iraq,Iran dan Syria mampu digerakkan dan meruncingkan lagi keadaan. Memandangkan Iraq-Iran mengutuk referendum itu sekeras-kerasnya.
Kurdistan akan menjadi perebutan (sekali lagi) kuasa rantau , selain kedudukan minyaknya yang strategic, pegitu penting pada Russia dan Turki, Kurdistan juga merupakan pintu keselamatan untuk Turki dari menahan Isis dan PKK mara. Penubuhan negara yang lemah ini akan memotivasikan PKK, YPG,DBK untuk menubuhkan negara mereka sendiri (Kurdistan utara dan barat Kurdistan) diatas tanah Syria dan Turki sekali lagi bakal mencetuskan peperangan antara Syria-PKK dan Turki-PKK.
Barzani selama ini sekutu rapat Erdogan seharusnya memperkukuhkan Turki dan bukannya melemahkan penyokong setia beliau. Melemahkan Turki secara tidak langsung menguatkan Iran dan Israel di rantau itu. Israel mempunyai hasrat untuk menyah-stabilkan keselamatan rantau ini demi memperkukuhkan negaranya. Israel kian melemah dengan masalah ekonomi dalaman, dan demokrasi yang tergugat semestinya tidak mahu kuasa rantau lain menguat . Oleh itu membantu Kurdistan dari awal merupakan jalan pintas dan terbaik. Kurdistan juga akan mengeratkan hubungan Iraq-Iran-Syria-Millitia Shia untuk berleluasa di rantau itu secara lebih anarkis..
3- Kurdistan bakal menyekat kemaraan Isis dan mungkin memadamkannya?
Sudah tentu antara agenda utama Regim Barzani adalah untuk menghapuskan ISIS. Kendatipun ISIS kian melemah, Kurdistan yang terdiri dari regim secular itu tetap akan memburu mereka dengan berbekalan senjata sedia ada. Kejayaan dalam beberapa operasi bersama Turki dan AS memperlihatkan keperwiraan Pashmerga untuk melenyapkan ISIS..
Ini bakal meredakan kemarahan AS dan mengalih isu sebelum ianya akan menjadi senjata rundingan dua hala dengan Rumah Putih. Setidak-tidaknya Pashmerga mampu menyekat dan merampas beberapa wilayah sebelum berunding tetapi sebagai harga ia mampu merubah demografik di kawasan tersebut.
4- Apakah wajah Kurdistan?
Permasalahan Kurdistan adalah semata berlandaskan etno-centrism dan ethno-nationalism, tanpa mempunyai identity yang ampuh dan idealogi-negara yang kukuh. Persoalan yang paling utama yang wajib diajukan apakah idealogi nasionalism dalam Kurdistan itu sendiri? Apakah ia negara sepenuhnya secular? Apakah ia bertoleransi dengan political islam? Apakah ia sebuah multi-culturist atau inter-culturist?. Persoalan ini gagal dijawab oleh Barzani tika mula mengusulkan perihal ini. Inilah kompenen terpenting yang wujud di dalam sesebuah negara-bangsa yang perlu dijawab dalam masa yang sama konsep negara-bangsa westphalian itu sendiri masih gagal menjawab persoalan ini?Jadi apakah dengan tertubuhnya negara Kurdistan ini masalah identity Kurdi akan berakhir?
Kegagalan menjawab ini sekali lagi bakal mengakibatkan golongan minority Arab, Azarbijan, Turkmen yang duduk dibawa Kurdistan memberontak, hilang dan keliru identity sama nasibnya seperti kaum kurdi sepanjang ratusan tahun ini.
Kesimpulannya , penubuhan Kurdistan tidaknya membawa kepada Kurdistan-Raya, mahupun menambah-baik kuasa Kurdi diperingkat domestic ataupun antarabangsa. Sebaliknya, Kurdistan telah membuang semua teman rapatnya diperingkat antarabangsa dan menyah-stabilkan keadaan yang reda (pasca-perang Syria).Erdogan dan Putin bahkan telah berpakat semalam (29 Sept 2017) dalam isu Kurdistan ini untuk memberi tekanan kepada Kurdistan dan tetap menjaga kepetingan masing-masing. Bangsa Kurdi mungkin punya hak untuk membentuk negara dalam system Westphalia ini tetapi mereka tersilap memilih masa, mereka masih belum bersedia dan layak membina negara merdeka.
.
Bacaan lanjut:
1. A modern history of the Kurds, David MacDowall - I.B. Tauris – 2004
2. Regional Implications of an Independent Kurdistan, Alireza Nader-Larry Hanauer-Brenna Allen-Ali Scotten
3. The Origin of Kurds, Ferdinand Hennerbichler - Advances in Anthropology – 2012
4. Kurds, Persian Nationalism, and Shiâi Rule Gareth Stansfield - Conflict, Democratization, and the Kurds in the Middle East .
5. Republic of Turkey Ministry of Energy and Natural Resources - Oil Pipelines, 6. http://www.enerji.gov.tr/en-US/Pages/Oil-Pipelines
7. Rosneft Trades Gas Pipeline Investment for Future Role in Supplying Europe with Northern Iraqi Gas , https://www.pipeline-journal.net/news/rosneft-trades-gas-
8. https://www.pipeline-journal.net/news/rosneft-trades-gas-pipeline-investment-future-role-supplying-europe-northern-iraqi-gas
9. The Postnational Constellation: Political Essays, Polity Press, 2000, p. 76
Israel endorses independent Kurdish state, Jeffrey Heller - https://www.reuters.com/article/us-mideast-crisis-kurds-israel/israel-endorses-independent-kurdish-state-idUSKCN1BO0QZ
Trita Parsi (2007). "Treacherous Alliance: The Secret Dealings of Israel, Iran, and the U.S. (PDF).
IsraAID scales up winter relief operation in northern Iraq 9 Feb 2015.
10. "Netanyahu expresses support for Kurdish independence". LA Times. 29 June 2014.
Brock, Lothar, Holm, Sorenson and Stohl, ‘Fragile States’, 2012, Polity Publishers, Cambridge, Chapter 3 ‘Fragile States and Violent Conflict’
___________________________
~ Amirul Mukminin ~
Sahabat PENA
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment