British , Uthamaniah Dan Revolusi Arab

OLEH: Zulfikar Egar



Janji-janji British kepada Revolusi Agung Arab hanyalah palsu belaka. Walhal British sudah mempunyai rencana sendiri selepas kekalahan kerajaan Turki Uthmanniyah.

Janji-janji British tidak lebih daripada untuk memujuk Syarif Husain untuk memberontak terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Tindakan itu juga dilakukan oleh British supaya askar-askar Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang berketurunan Arab dapat dirasuah untuk belot. Ini kerana sebahagian besar tentera Kerajaan Turki Uthmaniyyah itu adalah orang Arab.

Syarif Husain yang mengakui dirinya keturunan Rasulullah S.A.W, sanggup menjual kehormatan agamanya semata-mata kerana beliau terpesona dengan janji-janji manis yang dibuat oleh pihak pihak British melalui agennya T.E. Lawrence atau lebih dikenali dalam sejarah sebagai Lawrence of Arabia.

Pada bulan Februari 1916, telah dimeterai Perjanjian Sykes-Picott. Ia merupakan suatu perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan British dan Perancis bertujuan untuk membahagi-bahagikan wilayah bangsa Arab dalam Kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada sesama mereka.

Di bawah Perjanjian Sykes-Picott tahun 1916 itu, Wilayah Syam semasa pemerintahan Turki Uthmaniyyah telah dipecahkan kepada Syria, Jordan, Palestin, dan Lubnan untuk dibahagi-bahagikan antara penjajah Inggeris dan Perancis.

Lubnan telah dipilih khas untuk menjadi negara-bangsa Kristian pertama buat julung-julung kalinya di Timur Tengah selepas berakhirnya Perang Salib.

Palestin dijadikan Israel sebagai negara orang Yahudi. Syria dan Lubnan diperintah oleh Perancis, manakala Iraq dikuasai British.

Kekuasaan Syarif Husain pula hanya diiktiraf di Hijjaz dan Jordan sebagai balasan pemberontakannya terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Walhal asalnya beliau dijanjikan seluruh Arab oleh British.

Hasil daripada Revolusi Arab ini juga, Lord Allenby iaitu seorang Jeneral British telah memasuki Baitulmaqdis bersama pasukan British di bawah panji-panji Revolusi Arab dan berkata:

"Pada hari ini, Perang Salib telah berakhir, dengan sepenuh makna perkataan ini".

Inilah detik pertama yang membawa kepada penjajahan Palestin oleh British dan seterusnya menjamin kepada wujudnya sebuah negara Yahudi yang dinamakan Israel.

Kesimpulannya, perpecahan kawasan-kawasan Kerajaan Turki Uthmaniyyah di Timur Tengah hingga dijajah oleh kaum kuffar Barat tiada kena mengena dengan Arab Saudi apatah lagi hubung kaitnya dengan dakwah Salafiyyah yang dimulakan oleh Syaikh Muhammad ibni Abdul Wahhab Rahimahullah.


Sebenarnya Revolusi Agung Arab lah yang memusnahkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Bukannya Arab Saudi mahupun dakwah Salafiyyah yang dimulakan oleh Syaikh Muhammad ibni Abdul Wahhab Rahimahullah.

Revolusi Agung Arab atau al-Thawrah al-Arabiyyah al-Kubra telah menjadikan Kerajaan Turki Uthmaniyyah kehilangan semua wilayah-wilayahnya di Tanah Arab.

Revolusi yang telah digerak dan dipimpin oleh keluarga Syarif Makkah al-Hasyimiyah.

Malah, tidak cukup dengan menjadikan Kerajaan Turki Uthmaniyyah benar-benar "ditelanjangkan" di Tanah Arab, pemberontakan yang secara keseluruhannya digerakkan oleh orang Arab ini tidaklah akan berjaya tanpa mereka bersekongkol dengan kekuasaan imperialis British!

Perkembangan ini mula berlaku setelah terjalinnya perhubungan rapat antara Jerman dengan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Oleh itu British merasakan perlunya untuk mencari sekutu yang baru.

Pada masa yang sama, seruan kepada pengembalian takhta khilafah daripada bangsa Turki kepada bangsa Arab juga turut dicanangkan oleh British.

Apabila mengetahui Syarif Makkah ketika itu iaitu Syarif Husain ibn Ali mempunyai nafsu politik yang besar, British cuba memujuknya agar bersatu dengan British.

Padahal Syarif Husain Ibn Ali ini juga dilantik oleh golongan Turki Muda dalam Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Ini disebabkan mereka menganggap Syarif Makkah yang sebelumnya iaitu Syarif Ali Ibn Muhammad Pasya sebagai anti kepada perlembagaan sekular mereka.

Hasilnya, Syarif Ali Ibni Muhammad Pasya dipecat daripada jawatannya, serta Husain Ibn Ali dilantik sebagai Syarif Makkah yang baru.

Kesempatan diperolehi oleh British apabila anak Syarif Husain iaitu Abdullah Ibni al-Husain tiba di Mesir dalam perjalannya menuju ke Istanbul pada tahun 1913.

Lord Kromer iaitu gabenor Britiah di Mesir sendiri yang menyambut Abdullah Ibni al-Husain ibarat seorang teman rapat dan menjanjikan pelbagai bantuan untuk mencapai cita-cita politik ayahnya atas nama bangsa Arab.

Maka tidaklah menghairankan apabila Syarif Husain pernah mengatakan:

"Bagiku, segala janji-janji British adalah seumpama emas kuning. Setiap kali aku menggilapnya, ia akan tambah berkilat".

Apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, Syarif Makkah telah diperintahkan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk membekalkan senjata kepada kabilah-kabilah Arab di Hijaz.

Tetapi sebaliknya Syarif Husain Ibni Ali ini telah mengirimkan surat kepada Sir Henry McMahon iaitu Persuruhjaya Tinggi British di Mesir dan menyatakan kesediaannya berkerjasama dengan British dan memberontak terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Syarat yang diletakkan oleh Syarif Husain ialah British hendaklah mengiktiraf kemerdekaan suatu negara Arab Raya yang akan dirajai oleh dia sendiri dan keturunannya daripada keluarga Syarif Bani Hasyim.

Wilayah Arab Raya dicita-citakan tersebut dirancang untuk merangkumi seluruh Syria, Jordan, Palestin, Iraq dan seluruh Semenanjung Tanah Arab yang akan dirampas daripada Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Hanya Aden di Yaman Selatan yang terus diletakkan di bawah kekuasaan British.

Maka pada 10 Jun 1916, Syarif Husain telah mengisytiharkan kemerdekaan umat Arab daripada pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah, sekaligus mengumumkan pemberontakannya terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Padahal, hakikat pengisytiharaan tersebut adalah merupakan pengisytiharan kepada bermulanya kegilaan Syarif Husain untuk merampas kuasa demi kepentingan peribadinya.

Wallahualam.


*Rujukan:
-Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah: Suatu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan "Wahhabiyyah". (Ibnu Ahmaddain al-Barlisi)



___________________________
~ Zulfikar Egar ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________

Comments