OLEH: Zulfikar Egar
Selain beberapa faktor yang menjadi penyebab kemerosotannya, faktor yang paling utama adalah apabila kemewahan dan cintakan dunia menjadi gaya hidup di kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Wanita-wanita Istana Turki Uthmaniyyah serta para isteri wazir, pasya dan golongan kaya yang lain hidup mewah dan berfoya-foya seperti orang Eropah.
Dalam masa yang singkat, Istana tidak boleh menjelaskan hutang-hutangnya kepada bank.
Ini menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah menjadi muflis pada era Sultan Abdul Mejid yang memerintah antara tahun 1839-1861.
Cuma yang ajaibnya, semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II yang memerintah antara tahun 1876-1909, baginda berjaya membendung kejatuhan ekonomi negara manakala hutang-hutang lapuk berjaya dibayar.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II ini jugalah, Kerajaan Turki Uthmaniyyah masih merupakan duvel-i muazzama iaitu 'superpower' dunia.
Akan tetapi golongan elit pemerintahan Turki Uthmaniyyah gagal memahami peranan baginda dan menghargai pencapaiannya, lantas berkonspirasi untuk menjatuhkan baginda.
Selepas itu hanya dalam 10 tahun sahaja yang diperlukan oleh 'Ittihad ve Terakki' iaitu Turki Muda yang memang pun sekular untuk memadamkan keseluruhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah daripada peta dunia.
Dalam hal kejatuhan Kerajan Turki Uthmaniyyah atau bolehlah dikatakan kejatuhan "Khilafah Islam" yang terakhir. Peranan besar Mustafa Kamal Ataturk tidak wajar dilupakan begitu sahaja.
Kerajaan Turki Uthmaniyyah ataupun Khilafah Uthmaniyyah telah dihapuskan secara rasminya oleh Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1922, dengan alasan Sultan Uthmaniyyah terakhir iaitu Seultan Mehmet VI Vahiduddin telah mengkhianati negara Turki.
Jawatan khalifah hanya dibataskan kepada soal-soala keagamaan yang sempit sahaja. Akhirnya pada 3 Mac 1924, jawatan khalifah yang hanya efektif dalam konteks yang terbatas itu pun telah dimansuhkan secara total oleh Mustafa Kamal Ataturk.
Dengan itu tidak benarlah mana-mana pendapat yang mengatakan Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah runtuh sehingga "sampai sekarang umat tidak mempunyai khilafah seperti anak-anak tanpa bapa" kononnya akibat "pemberontakan" gerakan Salafiyyah yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad Ibni Abdul Wahab sebagai sebab utama.
Ini kerana, tanpa mengambil kira wujud ataupun tidak gerakan dakwah Salafiyyah yang disegarkan semula oleh Syeih Muhammad ibni Abdul Wahhab, Kerajaan Turki Uthmaniyyah sudah barang pasti akan tetap menemui pengakhirannya.
Wallahualam.
*Rujukan:
- Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah : Suatu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan "Wahhabiyyah" (Ibnu Ahmadain al-Barlisi)
___________________________
~ Zulfikar Egar ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment