Menyanggah Hipotesiss Bani Jawi Dari Qanturah

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Hipotesis Bani Jawi itu dari anak Ibrahim bersama Qanturah agak meragukan atas beberapa faktor.

Padahal hipotesis ini berlaku hanya sebab dalam Taurat ditulis bahawa Ibrahim mewasiatkan anak-anaknya dari Qanturah agar berhijrah ke Timur.

Perlu kita maklumi bahawa lidah Nabi Ibrahim sampai ke Muhammad saw, maksud timur adalah dunia sebelah kanan secara keseluruhan. Dan tidak ada istilah utara dan selatan. Yang ada hanya masyriq wa magrib.

Faktor yang meragukan hipotesis itu adalah;

(1) Kajian genom mendapati DNA Bani Jawi memiliki kesamaan dengan DNA manusia Afrika yang dianggap manusia tertua.

(2) Kaitan Piramid di Mesir dan Kaum Qibti dengan Bangsa Jawi.

(3) Pelayaran Firaun mencari Punt dan membina kapal dengan Kemudi Ganda, satu ciri khusus kapal Bani Jawi.

(4) Warna kulit Bangsa Qibti dan Banj Jawi hampir sama berbanding keturunan Ibrahim.

Maka sebaliknya Syeikh Muhammad Yasin Al Husaini Al Khayaari menulis bahawa anak keturunan Ham bin Nuh dari zuriat Kush telah mengembangkan bangsa Hind dan Nusantara.

Sementara zuriat Put (Qut) pula melahirkan bangsa Qibti.

Dan dari zuriat Kanaan maka berpancarlah bangsa Afrika seperti Sudan.

Dalam sumber rujukan lain iaitu menurut Taurat, bangsa Kanaan hanya akan diperhambakan oleh Ketutunan Sam bin Nuh dan Yafath bin Nuh.

Jelas di sini bahawa bangsa Rom dan Eropah, Arab dan Parsi itu lahir dari keturunan Sam.

Manakala Ketutunan Yafath telah mengembangkan bangsa Turk, dan Cina serta Yakjuj dan Makjuj.

Juga menjelaskan bahawa keturunan Kush bin Ham bin Nuh akan mendirikan kerajaan-kerajaan yang hebat serta agung.

Daripada Kish ini lahirnya Namrud yang membina Menara Babil serta menunggang Garuda.

Satu hal yang menarik adalah kaitan Bani Jawi dengan Garuda, Piramid, tamadun Sumeria, Bangsa Qibti dan DNA Afrika.

Sungguh Syeikh Muhammad Yasin tidak membahas semua ini melainkan menerangkan berdasarkan hadis dan atsar serta penjelasan ulama salaf.

Mungkin beliau juga akan teruja mengetahui penemuan baharu sangat mendokong tulisannya itu.


Gambar: buku Kisah Dan Salasilah Para Nabi karya Syeikh Muhammad Yasin.

___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________

Comments

Post a Comment