Polis Buru Individu Hina Yang di-Pertuan Agong Dan Raj Permaisuri Agong Di Twiter

OLEH: Zulfikar Egar



Semoga individu-individu biadap itu dapat ditangkap segera dan dikenakan hukuman yang berat.

Dah jadi satu kerja polis pula nak cari mereka ni. Banyak kerja polis nak buat. Menyusahkan orang betul.

Tak faham dengan sesetengah netizen ni. Kebebasan bersuara bukan bermakna boleh bercakap apa sahaja. Ada hadnya. Kalau tak melanggar undang-undang sekalipun, fikir dulu adakah perbuatan atau percakapan yang dilakukan itu melanggar hukum agama.

Jangankan menghina Raja Permaisuri Agong, menghina orang lain pun haram hukumnya, berdosa.

Tak kisahlah individu-individu biadap ni sudah minta maaf atau tidak. Minta maaf cerita lain, kena hukum atas kesalahan yang dibuat pun cerita lain.

Kalau dilepaskan begitu sahaja, memang makin menjadi-jadilah penghinaan kepada institusi diraja pada masa akan datang.

Lihat sahaja penghinaan pada YDP Agong sebelum ini semasa malam angkat sumpah Perdana Menteri ke-7 tahun lepas. Sebab lewat majlis angkat sumpah sahaja, berbakul-bakul baginda Tuanku dihina di media sosial. Hingga kini senyap sahaja.

Sebenarnya tak kira sesiapa pun. Bangsa, agama, kaum mahupun dibawah bendera parti politik.

Kalau kamu rakyat Malaysia, maka prinsip kedua rukun negara iaitu KESETIAAN KEPADA RAKA DAN NEGARA perlu disemat di hati.

TITIK.

___________________________
~ Zulfikar Egar ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi

Comments