OLEH: Halim Abdurrahman
Dari sisi baik, Lockdown akan mengurangkan potensi jangkitan untuk merebak. Dari sisi buruk, ekonomi negara boleh lumpuh, sektor perniagaan dan perkhidmatan terutama melibatkan swasta akan berhadapan kerugian tanpa batas malah boleh menyebabkan mereka gulung tikar. Apabila hal tersebut berterusan, pengurangan pekerja sudah tentu akan berlaku. Beribu atau beratus ribu rakyat berisiko untuk dibuang kerja. Kepanikan akan berlaku di sana-sini dan akan menaikkan potensi berlaku peningkatan jenayah.
Lockdown bukan semudah ABC. Biar kerajaan menimbang dan memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat, tidak perlu kutuk dan sebar persepsi buruk. Yang penting, jaga diri anda dan keluarga anda. Elak berada di tempat orang ramai, pakai mask dan pastikan tangan sentiasa terpelihara.
Jika kerajaan sudah bersedia laksanakan Lockdown, baru lockdown. Sekarang ini, kita lockdown diri kita dulu sepertimana arahan KKM iaitu kawal pergerakan ke lokasi-lokasi berisiko.
Soalan: Tidakkah lockdown itu akan hentikan/kurangkan kesan virus? Kenapa kerajaan tidak terus bertindak sahaja?
Benar, sebab itu biarkan mereka menimbang untuk buat keputusan. Sudah tentu mereka kumpul pihak KKM dan segala kementerian serta pengkaji terbaik untuk dapatkan input sebelum buat sebarang pelaksanaan. Kalau lockdown jalan terbaik, maka lockdown akan dibuat. Kalau ada lagi cara lain, maka cara itu juga akan dibuat. Sebab itu hal ini kenalah dinilai berdasarkan kearifan yang dicanang dan dikumpul bersama untuk dapatkan titik sebuah keputusan.
Kita sebagai rakyat mempunyai akses terhad, kita tahu sebahagian perkara, tetapi jahil sebahagian perkara. Sebab itu pandangan kita tidak diambil.
P/S: Pada 16/3/2020 jam 10 malam telah diadakan Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan pergerakan rakyat Malaysia. Diharapkan semua rakyat Malaysia melaksanakan perintah ini sebaiknya.
___________________________
Halim Abdurrahman
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________

Comments
Post a Comment