Oleh: RVK
Arkan dikehendaki oleh INTERPOL sepanjang tahun 70-an dan 80-an, walaupun berada dalam senarai paling dikehendaki mereka terus menerus merompak dan melakukan kegiatan jenayah perang di seluruh Eropah Timur, semakin parah apabila meletusnya konflik di dalam kejatuhan Yugoslavia pada akhir 80-an dan awal 90an.
Pasukan askar setia paramiliternya, yang dikenali sebagai "Harimau Arkan" hanya sekitar 1000 orang, tetapi sangat digeruni dan ditakuti di seluruh Balkan. Prinsip mereka sama iaitu setia terhadap komander mereka di mana latar belakang askar2nya diserap masuk kedalam unit Arkan. Pada mulanya kegiatan sebagai samseng dan penyeludup senjata sebelum direkrut menjadi askar taat setia kepada Arkan.
Mereka dibiayai oleh kerajaan Serbia dengan kekayaan yang mereka capai dengan misi objektif melakukan rompakan ,mengganas dan membunuh rakyat Bosnia, Croats dan Albanian semasa perang.
Apabila konflik Yugoslav berada di fasa akhir peperangannya ,para penjenayah perang pimpinan Arkan yang tidak dapat melarikan diri ke beberapa negara asing telah ditangkap dan dibicarakan atas jenayah perang .
Banyak jenayah perang yang dibicarakan di Mahkamah Perang antarabangsa berpusat di Belanda , Den Haag, atas tuduhan kejahatan-terhadap-kemanusiaan.
Arkan tidak terkecuali, dan walaupun dia akan dipanggil untuk menghadapi tribunal perang diatas dakwaan jenaayah pembunuhan yang mengorbankan nyawa beribu-ribu orang, namun dia seringkali gagal hadir untuk memberi keterangan dan sukar untuk disabitkan bersalah di mahkamah.
Akhirnya , Dia telah dibunuh pada hari Sabtu, 15 Januari, 2000, ketika dia sedang menginap di hotel prestise Crowne Plaza Hotel di Belgrade. Spekulasi Ramai orang menyatakan bahawa plot pembunuhan keatasnya telah dilakukan dan dirancang oleh pemimpin atasan Serbia yang lebih tinggi jawatan dan Arkan seakan akan mendapat arahan untuk melakukan jenayah perang dan mereka bimbang akan apa yang dikatakannya sebagai saksi ketika perbicaraan sedang berlangsung .
___________________________
RVK
The Major - Federasi Sejarah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________

Comments
Post a Comment