OLEH: Taufiq Tuah
Hal ini tidak pelik kerana jika kita melihat kepada maksud istilah Malayan itu sendiri.
Malay / Malays = Orang Melayu
Malayan = Sesuatu yang terkait dengan Melayu tetapi lebih umum kerana bangsa lain juga boleh terkait dengan Melayu.
Ambil contoh mudah Bahasa Inggeris.
"He is a Malay" = Dia seorang Melayu
"He is a Malayan" = Dia seorang rakyat Malaya (bukan semestinya Melayu)
Kenapa istilah Malayan yang British cuba terapkan ketika pasca itu? Mungkin juga kerana Malayan ialah nisbah kepada istilah Malayan States. Ketika itu, semua matawang dan setem di dalam negeri-negeri Melayu semenanjung ini akan diletakkan istilah "Malaya". Seperti di Selangor akan diletakkan "Malaya-Selangor", "Malaya-Perlis" tidak mengira negeri bersekutu ataupun tidak bersekutu atau juga negeri selat.
Ini menunjukkan istilah 'Malaya' sepatutnya telah sebati di bahagian semenanjung. Malah memang istilah Malaya diguna pakai oleh orang Melayu sendiri di dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah.
Namun idea meletakkan istilah 'Malayan' nisbah kepada 'orang Malaya' ini telah meng-umumkan kedudukan rakyat di Malaya. Oleh itu antara sebab yang membuatkan orang Melayu menolak Malayan Union adalah kerana istilah 'Malayan' itu sendiri.
Istilah itu membawa maksud 'Kesatuan Orang Malaya' yang mana jelas orang-orang India dan Cina juga telah menjadi orang Malaya dek dibawa oleh orang British. Jika ini berlaku, maka Cina dan India juga akan mendapat hak sebagaimana hak orang Melayu. Sedangkan tanah ini tuannya ialah Melayu.
Tambahan pula ketika itu orang-orang Cina sedang giat cuba meminta hak-hak yang sebenarnya mereka tidak punya hak pun ke atas tanah ini. Mendesak untuk kesamarataan. Membuatkan orang Melayu lebih khuatir.
Maka Malayan Union dipulaukan oleh raja-raja Melayu setelah dipujuk oleh Dato Onn Jaafar. Kemudian British pernah terfikir untuk membentuk 'Malayan Federation' dan akhirnya akur betapa orang Melayu tidak akan setuju dengan nama 'Malayan'.
Jika kita lihat, sebenarnya istilah Malaya itu sendiri tidaklah menjadi masalah kerana maksud Malaya itu ialah 'Tanah Melayu'. Maka ia tidak melibatkan bangsa di dalamnya kerana ia lebih melibatkan 'tanah'. Oleh sebab itu ketika kemederdekaan kita 31 Ogos 1957, kita digelar 'Federation Of Malaya' atau bahasa yang orang Melayu bangga menggunakan, 'Persekutuan Tanah Melayu'.
Dimana bersekutunya segala negeri-negeri yang ada dalam Tanah Melayu ini sebagai satu persekutuan yang merdeka. Ketika merdekanya Tanah Melayu ini, bukan sahaja kita menang di dalam memilih nama negara, tetapi juga menang di dalam perlembagaan. Orang-orang Melayu ada kedudukan yang tersendiri dan keistimewaan.
Pada hari ini, nama Malaya telah diubah kepada Malaysia. Namun ketahuilah, maksud Malaysia itu sebenarnya tidak pernah berubah daripada maksud asalnya.
Malay - Sia
Melayu - Tanah (dalam bahasa Greek)
TANAH MELAYU
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________

Comments
Post a Comment