Pergerakkan Diplomatik Mesir Dalam 72 Jam Untuk Palestin

 OLEH: Mohd Faizal Sabhon

1.Kementerian Luar Mesir memanggil DUTA ISRAEL KE KAHERAH dan menyatakan secara rasmi bantahan Mesir terhadap sebarang pencabulan hak rakyat Palestin di Baitul Maqdis dan serangan terhadap Gaza.

2.Kenyataan Rasmi Kerajaan mengecam operasi ketenteraan Israel di Gaza dan Mesir menyeru supaya Israel menghentikannya segera.

3.Presiden Abdul Fattah AL SISI arahkan pintu sempadan Rafah dibuka untuk rawatan mangsa perang.

4.Mesir memberi risalah yang keras kepada TEL AVIV, sebarang bentuk serangan ke atas ambulans-ambulans Mesir yang masuk ke dalam GAZA untuk membawa keluar mangsa perang adalah satu serangan langsung ke atas tentera Mesir dan tindak balas dengan tegas dan serta merta akan dilakukan oleh pihak Mesir.

5.Presiden Abdul Fattah AL SISI arah hospital-hospital seluruh Sinai menerima semua mangsa perang dari seluruh Palestin walaupun dari Baitul Maqdis Timur dan Tebing Barat.Mesir juga menghantar sejumlah kumpulan perubatan ke dalam GAZA.Semua kos perubatan adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Mesir.

6.Memberi amaran keras kepada TEL AVIV, sebarang operasi tentera darat Israel di GAZA adalah satu pencerobohan keselamatan negara Mesir kerana telah masuk ke dalam GARISAN MERAH dan MESIR tidak teragak-agak bertindak balas dengan segera.

7.Pihak Perisikan Mesir telah sampai ke Tel Aviv dan Gaza untuk proses rundingan genjatan senjata di bawah usaha diplomatik Mesir.

8.Diplomatik Mesir telah menggerakkan negara-negara Eropah untuk mengecam Israel dan memaksa Israel menghentikan serangan.

9.Mesir menggunakan file projek GAS dan file pengintipan MOSAD selama beberapa tahun ini untuk menekan Israel supaya menghentikan serangan di GAZA.

10.Mesir mengugut Israel dengan memutuskan hubungan diplomatik dan kembali seperti 1978 untuk mendesak Israel menghentikan segera segala serangan ke atas GAZA.

P/S : segala proses berkaitan masih berterusan dan berjalan lancar.

صائد الأفاعي :

Pemburu Ular Berbisa

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments