Mesir Bakal Muncul Sebagai Negara Polis Bagi Negara-Negara Arab dan Benua Afrika

OLEH: Mohd Faizal Sabhon

1.MESIR kini mempunyai lebih dua jenis jet pejuang.Selain Rafale, Mesir juga mempunyai Sukhoi SU 35, MiG, F16, Mirage 2000 dan Eurofighter Typhoon.

2.Kebiasaan bagi mana-mana negara, maksima mereka akan memiliki dua jenis jet pejuang yang paling modern, tapi Mesir kini mempunyai lebih dua jenis.

3.Pusat-pusat Kajian dan penganalisis pertahanan dikatakan memberikan pelbagai reaksi, terutama sekali CARNEGIE MIDDLE EAST CENTER, sebuah pusat kajian pertahanan yang menjadi rujukan utama tentera US selain Kongress Amerika.

4.Menurut CARNEGIE, Mesir di zaman Mubarak tidak ghairah membeli persenjataan modern terutama sekali memperbaharui jet-jet pejuang seperti yang sedang dilakukan Mesir dalam masa yang amat singkat (tujuh tahun atau di zaman AL SISI menjawat jawatan Presiden).

5.Pusat itu menjangkakan pemilikian sekitar 100 jet pejuang modern dan terkini itu hanya sebagaian kecil dari perjanjian-perjanjian pembelian yang telah, sedang dan akan ditandatangani dengan negara-negara pengeluar Jet Pejuang.

6.Mesir menurut pusat kajian berkenaan bakal memiliki 500 jet pejuang moden, terkini dan berteknologi tinggi dan ia satu proses ke arah pemindahan teknologi industri berat ketenteraan dengan Rusia dalam rangka memiliki sebuah satelit ketenteraan sendiri dengan kerjasama Rusia.

7.Maklumat lebih lanjut sudah tentu sukar diperoleh kerana perjanjian pembelian senjata antara Mesir - Rusia adalah rahsia.

8.Kajian itu seolah-oleh diperakui oleh media Italy di mana Mesir akan menandatangi sebuah lagi perjanjian pembelian EuroFighter Typhoon dan spare part jet-jet pejuang bernilai EURO 11 Bilion.

9.Kesemua ini bakal menjadikan Mesir negara yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat dan negara polis bagi negara-negara arab dan Afrika dan ini membuatkan Israel dan negara musuh tidak senang dan akan berkira-kira jika berhasrat untuk bertindak menggugat keamanan Mesir dan negara - negara sahabat di dua rantau berkenaan.

10.Pusat Kajian di Baitul Maqdis milik Israel pula menyatakan kekhuatiran mereka dengan perkembangan ini dan perjanjian damai Israel - Mesir hanya menyebut larangan mewujudkan kekuatan tentera di SINAI tapi kemampuan teknologi ketenteraan itu membuatkan Mesir mampu menggerakkan kekuatan walau dari jauh.

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments