OLEH: Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin
-Penubuhan Malaysia: Sabah, Sarawak dan Singapura adalah Negara, bukan Negeri?-
Suka saya jelaskan bermula, saya tidak bermaksud mencipta konflik dengan mana-mana pihak. Tujuan saya adalah menjelaskan isu tersebut dari sudut Sejarahnya. Tiada sentimen politik, tiada sentimen Timur-Barat. Saya berjiwa patriotik dan saya mempertahankan negara saya sebagai satu unit keseluruhan, merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Respon saya hanya merujuk kepada sebahagian pentaksub yang sering memprovokasi perpecahan antara wilayah dalam negara kita.
Yang pertama, berkaitan dakwaan Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan "Negara" sebelum tertubuhnya Malaysia. Kumpulan ini mengatakan Negara mereka lebih besar statusnya daripada negeri-negeri lain dalam Malaysia. Ini dangkal. Mengapa? Kerana tiga wilayah tersebut tidak pernah merdeka sebelum bergabung membentuk Malaysia. Kesemuanya merupakan British Crown Colony. Iaitu Tanah Jajahan British. Terjajah!.
Singapura masih di bawah British sebagai British Crown Colony, Pada 1959, Singapura diberikan peluang untuk mentadbir sendiri sebagai persediaan untuk kemerdekaan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, disebabkan perkembangan antarabangsa berhubung Perang Dingin dan kemaraan komunis, Singapura tidak merdeka sendiri, melainkan dirancang sebagai sebahagian daripada "Grand Design" British dalam menubuhkan Malaysia.
Sarawak. Sehingga 1963, wilayah ini merupakan Crown Colony selepas diserahkan oleh Charles Vyner Brooke pada Julai 1946, meskipun berhadapan tentangan besar daripada penduduk tempatan. Pada bulan yang sama, North Borneo, iaitu Sabah, turut menjadi Crown Colony setelah diambilalih daripada Chartered Company. Maka secara rasminya, bermula Julai 1946, Sarawak dan Sabah merupakan Crown Colony British.
Sekarang saya jelaskan maksud berkaitan Negara. Apakah yang dikatakan sebagai Negara? Menurut Montevideo Convention on the Rights and Duties of States yang berkuatkuasa pada Disember 1934, sesebuah wilayah diiktiraf sebagai Negara berdasarkan empat ciri. Pertama, mempunyai populasi penduduk yang tetap. Kedua, mempunyai sempadan. Ketiga, mempunyai kerajaan. Keempat, mempunyai keupayaan untuk berhubung dengan negara lain. Ciri keempat ini ditandai dengan kedaulatan negara tersebut. Kedaulatan diperolehi dengan pengiktirafan negara merdeka yang lain dalam mengadakan hubungan diplomatik dengannya. Dalam kes Sabah, Sarawak dan Singapura, mereka tidak pernah mempunyai keupayaan sebegini kerana semua urusan diplomatik dan antarabangsa tertakluk kepada kerajaan Queen di London.
Kemudian, dalam membincangkan isu ini, teks Perjanjian Malaysia 1963 dan Pemasyhuran Malaysia 1963 wajib dirujuk dan menjadi pegangan. Adakah mana-mana peruntukan dalam teks tersebut menyebut status Sarawak, Sabah dan Singapura sebagai Negara? Mari kita telusuri. Perkara 1 Perjanjian Malaysia menyatakan "Tanah Jajahan Borneo Utara dan Sarawakdan Negeri Singapura akan disekutukan dengan Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu sediada sebagai Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikutsurat cara Perlembagaan..." Perhatikan baik-baik. Bermula dengan Perjanjian ini, status Sabah dan Sarawak menjadi Negeri, tidak lagi sebagai Tanah Jajahan!
Perkara 3 pula berbunyi begini "Kerajaan United Kingdom akan menyerahkan Perintah dalam Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda QUeen Great Britain sebelum Hari Malaysia bagi maksud memberi kuat kuasa undang-undang kepada Perlembagaan Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai Negeri-negeri Malaysia..."
Berikutnya, dalam teks Pemashhoran Malaysia, 1963 [sic], disebut pula "Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada...antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak, dan Negeri Singapura, dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandongi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor...dan bahawa Persekutuan ini hendaklah dinamakan Malaysia."
Adakah dalam mana-mana dokumen perjanjian disebut seperti yang didakwa tersebut? Tidak, sama sekali tidak! Tetapi, ya Sabah dan Sarawak mendapat beberapa peruntukan istimewa bagi menentukan perihal dalaman negeri mereka termasuklah urusan imigresen dan pekerjaan. Yang ini perlu dihormati berdasarkan semangat Perjanjian.
Demikianlah sedikit coretan daripada saya yang baru belajar sejarah. Jika ada respon, balaslah dengan hujahan akademik, bukan dengan memperkecilkan orang dengan gelaran dan tuduhan. Sekali lagi ingin saya tegaskan, tujuan saya adalah mencari perdamaian berdasarkan penjelasan Sejarah. Saya ingin menyedarkan para "pseudo-separatists" tentang letak duduk hal sebenar. Selama ini anda terperangkap dalam kebencian yang terhasil oleh . Demikianlah sedikit coretan daripada saya yang baru belajar sejarah. Jika ada respon, balaslah dengan hujahan akademik, bukan dengan memperkecilkan orang dengan gelaran dan tuduhan. Sekali lagi ingin saya tegaskan, tujuan saya adalah mencari perdamaian berdasarkan penjelasan Sejarah. Saya ingin menyedarkan para "pseudo-separatists" tentang letak duduk hal sebenar. Selama ini anda terperangkap dalam kebencian yang terhasil oleh dikotomi dan ketidakadilan politik. Negara kita, kitalah yang sepatutnya mempertahankannya, bukan dilaga-lagakan. Kita adalah Malaysia.
Rujukan:
1. Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia, 1791-1965.
2. Rosalyn Cohen, The Concept of Statehood in United Nations Practice.
3. Ooi Keat Gin, Post-war Borneo, 1945-1950.
4. Mohamed Nordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation
___________________________
~ Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin ~
Unit Sejarawan
Unit Sejarawan
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Hasil minyak yang terang2 belakang rumah orang kampung kami pun korang boleh pusing jadi milik korang, apa lagi soal kedaulatan Sabah sebagai negara senang2 ja ko pusing jadi negeri la, jadi crown colony la, kalau Sabah Sarawak masih crown colony masa bentuk malaysia tidak perlu perjanjian la sebab masih bawah jajahan British, terus berikan saja pada malaya, Sabah Sarawak ne.
ReplyDeleteUntuk jadikan malaysia ne legitimate Sabah Sarawak mesti merdeka dulu, ada perdana menteri dan kerajaan dan kedaulatan (negara) sendiri baru boleh tandatangan perjanjian malaysia, tidak boleh ditandatangani oleh rogue nation, kampung/daerah/[jajahan sesiapa], jika masih dijajah maka penjajahnya la yang tandatangan perjanjian tu
Bro mahmod, kita bercakap berdasarkan fakta, kalau saudara yakin status Sabah sebagai negara sebelum bergabung membentuk Malaysia, kemukakan fakta saudara, bukan setakat sembang merapu, ada faham?
ReplyDeleteSekiranya Sabah bukan sebuah negara maka MA63 secara automatik adalah tidak sah dan terbatal, ada faham, ko tu tak faham apapun mengenai perjanjian antarabangsa tak payah nak sembang kosong sini, nafi itu ini yang ko sendiri tidak faham, bising nak fakta itu ini, cuba ko bagi fakta apa yang ko ada nak katakan Sabah bukan negara dan apa tujuan ko nak sangat katakan Sabah bukan negara sebelum bentuk malaysia, ko nak katakan Sabah sebahagian daripada malaysia, maaf lah, Sabah adalah sebuah negara yang membentuk persekutuan malaysia bukan sebahagian daripada malaysia itulah premise perjanjian malaysia 63
ReplyDeleteEncik Mahmod mungkin boleh terangkan dalam wacana akademik, bagaimana MA63 membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak adalah berstatus negara sebelum bergabung dengan Malaysia?
ReplyDeleteDengan hak saya, masing-masing dalam kebebasan bersuara, sejarah dan fakta-fakta saudara tentang Ma63 / 20perkara, dengan rendah hati saya katakan, sejarah dan fakta saudara meragukan di pihak diri saya sendiri kerana sejarah dan fakta saudara ini banyak percanggahan, perubahan dengan fakta dan sejarah Ma63/20p Asli di arkib London yang masih di jaga rapi sehingga kini. Ma63/20p Asas Persekutuan Malaysia. Ma63/20p Adalah satu perjanjian Antarabangsa yang tidak boleh di ubah oleh pentadbiran pusat dalam Persekutuan juga dalam Parlimen. Untuk perubahan bukannya mudah tanpa persetujuan 4 kuasa besar di London. Untuk saudara, sekiranya Ma63/20p dipatuhi, itu lah fakta kita yang tepat 4 Negara Merdeka bersama membentuk Perseketuan Malaysia . Sekiranya saudara masih percaya dengan carian, pembelajaran sejarah yang jadi hujah dan penjelasan terperinci saudara, maka ingin saya tegaskan dan ingat sebarang tindakan perubahan yang tidak berlandaskan semangat Ma63/20p menyebabkan kegagalan membawa kepada kerosakan Persekutuan Malaysia.
Deletehttps://youtu.be/Fxp4aPfz1yk
ReplyDeleteVideo persoalan adakah sabah negara atau negeri
London vs Putrajaya
ReplyDeleteTetapi sebenarnya kita lupa bahawa Sarawak dibawah naungan tanah jajahan Putrajaya di Malaya..Maka apa bezanya .. dari kuasa pentadbiran British dari London berpindah tangan kepada kuasa pentadbiran Kerajaan Malaya di Putrajaya.
Konsep penjajahan Putrajaya terhadap Sabah Sarawak bukan melalui rampasan kuasa tetapi secara serah tugas tadbir sepertimana bertuankan British di London ketika diera Sarawak ( british crown colony )...justeru apa istilah kemerdekaan 22 Julai 1963 yang dilaungkan . Kita ( sarawak ) tidak ubah seperti tin yang hanyut di sungai, dimana airnya tenang dan surut, di situlah ianya terdampar. Seolah oleh diibaratkan rebak hanyut. ( sisa2 sampah yang melekat ) yang hanya tahu bergantung.
Betul. Sabah & Sarawak tidak pernah merdeka. Tidak wujud surat watikah kemerdekaan yg membuktikan kemerdekaan. Tetapi kemerdekaan dgn surat watikah sepatutnya dicapai setelah setuju bersama membentuk malaysia. Apakah logik yg waras bila terlepas dari penjajahan british hanya utk dijajah oleh malaysia? Apakah logik pemimpin SS masa itu utk setuju dgn MA63 dan berada dibawah penjajahan kuasa baru? Kalau bukan dgn tipu helah semua ini tidak akan terjadi dan kemerdekaan SS akan tetap tercapai. Pada 16 Sept 1963 Persekutuan Tanah Melayu telah 'tukar nama' kpd malaysia. Sepatutnya malaysia ini adalah gabungan kerjasama 4 negara dan bukan berasaskan kpd pertukaran nama. Pada 1963 PBB tidak merekodkan adanya negara baru dari asia tenggara. Yg ada cuma malaysia hasil dari pertukaran nama persekutuan tanah melayu. Ini sudah bercanggah dgn semangat MA63. Oleh itu malaysia yg skg ini bukanlah berasaskan perjanjian tetapi berasaskan pertukaran nama saja. Oleh sebab ini juga kita mesti keluar dari malaysia kerana ini hakikatnya kita tidak pernah setuju utk menjadi koloni malaya. Ingat 'persekutuan tanah melayu = malaysia'.
ReplyDeleteLagi satu. Malaysia bila merdeka?
ReplyDeletePada 16 sept 1963 persekutuan tanah melayu telah tarik diri dari perjanjian dgn menukar nama kpd malaysia. dgn itu saya istiharkan MA63 batal.
ReplyDeleteSekian
BIODATA MALAYSIA
ReplyDelete1. Nama rasmi: Malaysia
2. Tarikh ditubuhkan: 9 Julai 1963
3. Tempat ditubuhkan: London
4. Tarikh aktif: 16 September 1963
NEGARA YANG MENYERTAI MALAYSIA
1. Malaya;
2. Sabah;
3. Sarawak; dan
4. Singapura.
Singapura tinggalkan Malaysia: 9 Ogos 1965. apa status Singapura sekarang, Negeri atau Negara?
Kenapa dan apa muslihat Malaya tukar nama kepada Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada: 16 September 1963?
Kenapa dan apa muslihat Parlimen Malaya menurunkan status “NEGARA” Sabah Sarawak kepada “NEGERI” pada: 27 Ogos 1976?
Hasil Sabah Sarawak 95 peratus Malaya samun. Apa akan jadi kepada Singapura jika kekal dalam Malaysia dan hanya dapat 5 peratus daripada hasilnya sendiri sebagaimana Sabah dan Sarawak?
– NASPAZI (7 Julai 2019)
1)Sarawak telah merdeka 22 Julai 1963.. Sebelum malaysia dibentuk lagi..jd bagaimana nak kata yang Sarawak bukan Negara?
ReplyDelete2) Malaysia dibentuk secara rasmi pada 16 September 1963..Tetapi kenapa tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia sedangkan Malaysia tidak pernah dijajah??
Mohon penerangan..
Artikel yg berat sebelah dan bodoh.
ReplyDeleteBukan nya ada ilmu mengikut article 1(2) yg asal dalam federal constitution sebelum 1976.
Pegi ambil lagi ilmu kau tu sahul.kau belum cukup layak untuk berbincang mengenai isu ini
Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin.
ReplyDeleteSOALAN:
BILA MALAYSIA MERDEKA dan DIJAJAH?
Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara!