Sejarah Maybank

OLEH: Syafiq Murat

KHOO TECK PUAT - Pengasas Maybank Malaysia 



Tan Sri Khoo Teck Puat , 13 Januari 1917–21 Februari 2004 seorang ahli perbankan dan hartawan hotel kelahiran Malaysia, dengan anggaran hartanya sebanyak $4.3 bilion, juga ialah hartawan Singapura terkaya. Beliau memiliki perhotelan butik kumpulan Goodwood di London dan Singapura dan merupakan pemegang saham Standard Chartered Bank di Britain. Kekayaan hartanya datang daripada saham-saham bank Standard Chartered di Great Britain, yang mana beliau telah membelinya pada tahun 1980-an untuk membantu menggagalkan cadangan pemilikan Lloyds Bank yang mana kebanyakan pakar kewangan melihatnya sebagai satu permusuhan. Goodwood Park Hotel di Singapura, yang dibina pada tahun 1900, merupakan satu tempat bersejarah pada masa kini sedang melalui pemuliharaan.

1960 - Bank ini telah dibentuk dan ditubuhkan oleh raja pedagang Malaysia Khoo Teck Puat bersama-sama dengan beberapa rakan kongsi di Kuala Lumpur. Bank ini telah membesar dengan pantas hingga mencapai 150 cawangan di dalam masa 3 tahun. Pada tahun 1963, bank ini telah membeli Hotel Goodwood Park , Singapura sebanyak $4.8 juta.


1965 - Khoo Teck Puat telah dikeluarkan daripada Maybank oleh kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak di bawah alasan ia mengepam wang bank ke dalam syarikat persendirian beliau di Singapura.

1973 - Membentuk subsidiari perbankan pelaburannya sendiri , Aseambankers Malaysia Berhad (Asian & Euro-American Merchant Banking (Malaysia) Berhad).

1975 - Aseambankers menubuhkan satu usaha sama, Kota Discount Berhad, di dalam satu perkongsian dengan satu kumpulan pelaburan yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

1986 - Mengambil alih satu saham majoriti di dalam Kota yang kemudiannya dinamakan sebagai Mayban Discount Berhad pada tahun 1989.

1987 - Mayban Securities Sdn Bhd telah menubuhkan perkhidmatan broker saham dan lain-lain pelaburan.

1990 - Akta Perbankan Pesisiran Malaysia telah diluluskan membolehkan bank menubuhkan operasi-operasi baru di Wilayah Persekutuan Labuan.

1990 - Mayban Unit Trust Berhad telah ditambah, satu subsidiari yang memfokuskan kepada pengurusan unit tabung dana.

1992 - Maybank telah melancarkan Maybank General Assurance Bhd.

1993 - Pemilikan Safety Life & General insurance Sdn Bhd dan kemudiannya dilancarkan sebagai Mayban Life Assurance.

1994 - Membentuk satu subsidiari di Papua New Guinea, yang telah membuka 2 pejabat cawangan Port Moresby dan Lae.

1996 - Memasuki satu jalinan usaha sama dengan PT Bank Nusa Internasional (Indonesia), membawa masuk nama Maybank ke dalam pasaran Indonesia.

1997 - bergabung tenaga dengan Philippine National Bank, yang memiliki 60 peratus saham bekas Republic Savings Bank.

1997 - dinamakan semula sebagai subsidiari Maybank Philippines Inc. (MPI) yang kemudiannya mendapat kawalan penuh syarikat berkenaan.

1997 - Pemilikan menerusi Philmay Holding Inc. dan penubuhan dan pembangunan hartanah vehicle Philmay Property Inc.

2000 - Rangkaian Maybank Philippines Inc. (MPI) berjumlah 60 cawangan di seluruh Filipina.

2000 - syarikat telah melepasi 120 bank teratas buat pertama kali.

2001 - membuka cawangan di Shanghai selepas mendapat satu lesen di China.

2001 - Memohon satu lesen untuk memulakan operasi di Bahrain.

2002 - Melancarkan Mayban Takaful Bhd den mula mempromosikan produk-produk insurans Takaful.

2004 - Gagal di dalam percubaan untuk mengambil alih bid Bank Permata of Indonesia.

2005 - Akhirnya berjaya untuk melancarkan satu bidaan pengambilalihan, menerusi subsidiari Aseambankers , ke atas BinaFikir Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, urusan ini gagal pada akhir 2005.

2005 - Mengambil alih, menerusi Insurance Company Mayban Fortis, MNI Insurance dan Takaful Nasional.

2006 - Maybank mengambil alih perniagaan kad American Express di Malaysia.

2007 (Nov) - MNI Insurance dan Takaful Nasional telah dijenamakan semula sebagai Etiqa Insurance & Etiqa Takaful masing-masiing. Seterusnya, Mayban Takaful telah memindahkan semua perniagaannya, aset dan liabiliti kepada Etiqa Takaful.

2008 (May) - Dato' Sri Abdul Wahid Omar, secara rasminya dilantik sebagai Presiden & CEO Kumpulan Maybank.

2008 - Menyempurnakan pemilikan 15% di dalam An Binh Bank (Vietnam), 20% daripada MCB Bank Ltd (Pakistan) dan 97.5% of Bank Internasional Indonesia (BII).

2009 (January) - dinamakan semula subsidiari Aseambankers kepada Maybank Investment Bank.

2009 - Menaikkan RM6 billion di dalam ekuiti kapital menerusi satu isu hak 9-untuk-20 pada RM2.74.





___________________________
~ Syafiq Murat ~
Sahabat PENA

Comments