OLEH: Taufiq Tuah
"Akan keluar dari sulbi mu (Saidina Ali) yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Putera dari bani Tamim, dia datang dari sebelah timur dan dia ialah pemegang panji-panji Al-Mahdi."
-HR. Imam Tabrani
Maka bermula lah Al-Kisah..
Sebuah bangsa yang gah di kawasan timur..
Yang telah digelapkan sejarahnya..
Dari segala penjuru hidup...
Bangsa yang diketahui,
empayar maju di suatu dimensi..
yang wujudnya pemuras dan lela..
Terakol juga istingar bersama..
bukan sekadar keris dan lembingnya..
yang menjadi pelabuhan terbesar.
Bahasanya dipelajari dunia..
Apakah kau lupa zaman gemilangnya,
atau kau sengaja tak pelajarinya?
Melayu...
Megah mu disanjung setiap benua..
tanah emas mu menjadi pujaan semua..
kaya mu kekal berbudi bahasa..
Melayu ku...
Rasanya kita pernah dengar kata-kata orang bahawa Bani Tamim (yg dlm hadis tu)
ialah orang Melayu. Tapi apakah benar Bani Tamim tu orang Melayu?
Baik, kita tengok sejauh mana nak kata Bani Tamim ini orang Melayu?
Salah satu sebab mereka mengatakan Bani Tamim ini orang Melayu ialah..
1. BANI TAMIM ASAL DARI TIMUR
Lihat lah dalam peta, yup...
Memang Melayu ini terletaknya di timur...
Namun....
Jangan lupa, bukan kawasan tanah melayu sahaja yang berada
di timur..
Malah, golongan kaum mata sepet seperti Jepun (Jepang) juga berada di timur.
Kita semua mengetahui bahawa negara yang pertama matahari terbit
ialah negara Jepun.
Adapun begitu, pihak Revolusi Melayu Baru juga tidak bersetuju jika ada dakwaan Bani Tamim ialah daripada bangsa Jepun.
2. NENEK MOYANG ORANG MELAYU YANG GAH
Memang tidak dapat disangkal..
Kemegahan orang Melayu..
Dengan Empayarnya,
ketenteraan, ekonomi, dagang, sosiobudaya, tamadun.
Segalanya tentang Melayu dalam sejarah memang hebat.
Ada yang kaitkan Melayu dengan
kerajaan Atlantis dan Lemuria..
Dua Kerajaan hebat di zaman silam yang
dah cipta helikopter dan cipta ufo.
nenek moyang melayu lah tu..
dan yang mencipta barang mesin tanpa elektrik
dan pelbagai lagi kisah..
kemudian kisah2 ke-walian Melayu.
Bermula lah cerita segala Azimat melayu..
Dengan wujudnya kisah Badang yg jadi sasa..
Mahsuri yang menyumpah Langkawi..
Sultan Mahmud yang menyumpah pembunuhnya...
Kisah Beting Beras Basah...
Azimat Tamingsari..
Sumpah ibu tanggang...
dan cerita-cerita sakti semuanya..
Dalam kisah2 lama seperti ini, maka dilihat bahawa MELAYU ITU HEBAT.
Namun adakah dengan kehebatan nenek moyang, akan menjamin kehebatan
cucu-cucunya?
Tidak! Malah, nak tengok kehebatan cucu-cucunya?
Adakah dengan kehebatan seperti ini hendak mengaku
"Bani Tamim" ?
3. TA = TANAH / MIM = MELAYU
Dan ada pandangan yang mengatakan..
TAMIM yang nabi maksudkan ialah,
huruf2 hijaiyah (jawi)
iaitu huruf
Ta dan Mim....
Dan dikatakan Nabi sebenarnya memaksudkan..
Ta = Tanah
Mim = Melayu
Hebat bukan??
Kalau benarlah begitu permainannya,
ada bangsa lain yang lebih layak lagi jadi Bani Tamim
selain Melayu.. nak tau apa?
Ta = Ta
Mim = Mil
=TAMIL
TAMIL ada huruf Ta dan Mim pada satu perkataan..
sementara Tanah Melayu perlukan 2 perkataan...
Mesti Tamil lah lagi layak kan....
Jika Nabi SAW menyebut "Syam"
adakah nabi memaksudkan huruf 'Syin' dan 'mim'??
Jika Nabi SAW menyebut "Firsi"
adakah nabi memaksudkan huruf 'Fa' dan 'Sin' ??
Jika nabi SAW menyebut "Yaman"
adakah nabi memaksudkan huruf 'Ya' dan 'nun'?
TIDAK sama sekali..
Jadi mengapa pula dalam hal TAMIM,
ada yang sanggup tafsir dengan akal
dan menyebut huruf 'Ta' dan 'Mim' sebagai hujjah??
Bani Tamim ini memang pun wujud..
Ia sememangnya nama sesuatu bani (kaum).
Ia bukan kata2 shortform atau akronim...
ATAN : Kalau ada bangsa Bani Tamim ni, bagi seorang jer nama orang dari kaum ni..
*Salah seorang tokoh kenamaan yang berasal dari Bani Tamim ialah,
Sheikh Al- Islam Al-Imam Muhammad Bin Abdul Wahab Bin Sulaiman Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Rashid Bin Barid Bin Muhammad Bin Al-Masyrif At-Tamimi Al-Hambali An-Najdi.
Atau penfitnah dan tukang tuduh sering memanggil baginda, 'wahabi'...
Salah satu kitab terkenal baginda ialah,
Kitab At-Tauhid...
4. DARAH KETURUNAN SAIDINA ALI TELAH PUN BERCAMPUR DENGAN MELAYU
Mungkin pada para pengkaji mengatakan sedemikian..
Kerana adanya sangkut paut di antara yang berdarah Nabi SAW dengan Melayu..
Antara yang terkenal berdarah Nabi SAW di tanah Melayu ini ialah
mereka yang ada pada mereka nama seperti
Wan, Long, Sayyid, Saggaf, Nik, Sharifah, Awang dan sebagainya..
Namun, benarkah semua golongan nama ini asalnya dari Saidina Ali?
dan bukan dari anak-anak nabi yang lain?
atau bukan dari menantu nabi yang lain?
Kalaupun seluruh orang yang bernama seperti itu merupakan darah
Saidina Ali, itu hanya membuktikan bahawa Melayu ialah Bani Hasyim dan bukannya Bani Tamim. Ini ialah kerana Saidina Ali R.A merupakan tokoh daripada Bani Hasyim.
Begitu juga jika anak Saidina Uthman yg tersebar ke dalam komuniti Melayu. Ia tidak membuktikan Melayu akan menjadi Bani Tamim. Sebaliknya, ia akan membuktikan bahawa Melayu ialah daripada Bani Umayyah. Adapun begitu, bukan budaya dalam masyarakat Melayu untuk menjaga nasab mengikut 'bani' seperti itu.
KESIMPULAN:
Sebenarnya, Bani Tamim ialah nama salah satu daripada puak-puak yang ada pd Bangsa Arab. Misalnya, Rasulullah SAW ialah Bani Hasyim. Khalifah Rasulullah Abu Bakar R.A daripada Bani Tayim. Amirul Mukminin Umar Al-Khatab daripada Bani Khatab. Amirul Mukminin Uthman Al- Affan daripada Bani Umayyah. Saidina Ali R.A pula daripada Bani Hasyim. Maka membuktikan bahawa di dalam Bangsa Arab itu sendiri terbahagi kepada berberapa jumlah puak.
Maka salah satu daripada puak ini dinamakan Bani Tamim kerana ia berasal daripada Tamim Bin Mur Bin Ad Bin Elyas Bin Mudhar.
Ia sememangnya puak darpada Arab, bercakap dengan Bahasa Arab. Memakai pakaian Bangsa Arab, hidup dengan cara hidup Arab. Menangis mereka dalam Bahasa Arab dan tertawa mereka dalam Bahasa Arab membuktikan mereka sememangnya Arab.
Maka sah, Melayu bukanlah Bani Tamim. Malah Melayu tidak mempunyai puak-puak sepertimana bangsa Arab berpuak. Mungkin dini hari orang Melayu di Malaysia ada semangat kenegerian ataupun semangat kebangsaan apabila bertemu dengan sahabat serumpun daripada negara lain. Namun hakikatnya situasinya tidak sama seperti orang Arab yang sememangnya ada sifat 'Kebanian' yg tinggi.
Wallahualam.
*SEDIKIT NAK CAKAP:
Orang melayu hari ini membincangkan hal
yang mengatakan bahawa melayu ialah Bani Tamim. mereka bercakap dengan penuh rasa tinggi darjat mereka dan angkuh dengan kenyataan tersebut. Ini lah yang saya tidak gemar melihat. Sedangkan tidak ada apa yang patut dibanggakan jika kamu itu Melayu tetapi menentang Allah SWT. Setengah orang melayu yang memuji-muji kehebatan moyang mereka yang mempunyai empayar hebat dengan senjata dan ekonomi sebagainya. Kemana perginya kemegahan itu? kenapa cucunda sekalian tidak membina kembali kemegahan itu? kalau pun benar hal moyang-moyang itu. jika moyang-moyang kalian orang melayu masih hidup, apa akan dikata?
"cucunda-cucunda ku, di mana kehebatan yang kami tinggalkan dahulu?"
cucu2 nk jwb apa?
"dah dimusnah penjajah nekkkk"
fikir2kn
Rujukan: Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim, Ibnu Tuzah, HR Publishing
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
apa kata saya jadi nenek
ReplyDeletetanah melayu paling timur di banding jepun sebab berada atas garisan khatulistiwa
ReplyDeleteMelayu Islam tak pernah rendahkan bangsanya sendiri apatah lagi agama nya..jangan buat konklusi sendiri berdasarkan logik akal anda admin..masa perang..melayu lah yang perjuangkan tanah air..bangsa lain hanya sembunyi..dan belot..anda tak buat kajian literature..guna akal dan google yahudi tak kemana. .
ReplyDeleteMelayu perang ngan penjajah. Pasalnya bukan melayu je yng perang ngab penjajah. Indon, india, filipin diorang pon perang demi mmperjuangkan tanab air diorang.
DeleteTolong jangan suka claim macam indo yang imam mahdi pun nak kata melayu..Buat malu je main terbalikkkan ta mim apa bendelah
Deletebykkan membaca tuan
DeleteTuan Blogger bukan merendah kaum/bangsa sendiri tetapi meminta kita semua termasuk pemimpin kita berfikir & mengkaji lebih dalam diri kita & kaum kerabat kita
ReplyDeleteYa. Lagipun ada jugak org melayu yng percaya bulat2 100% pasal bnda ni lalu pndng rendah and hina kepada bangsa lain.
Deletehttps://www.google.com/amp/s/asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/07/24/bangsa-melayu-dari-keturunan-bani-jawi/amp/
ReplyDeleteTengok text pun dah taw pemulis ni Wahhabi,...
ReplyDeleteWahhabi je anti Melayu dan Ahlulbait ni, lepas tu bila muliakan Ahlulbait kata org yg muliakan tu syiah,...
Jadi Allah tu milik Syiah je la kot sebabnya Allah sendiri suruh memuliakan Ahlulbait dalam Quran
Sesuka ati kata melayu ahlul bait
DeleteTula saya prasan org melayu dh makin berlebihan. Sume nk claim. Kejap2 bani tamim la, bani jawi la, keturunan keturah la, keturunan nabila, bahkan ada org melayu yg mengaku imam mahdi sbgai keturunan melayu. Melayu2..
ReplyDeletebetul tu
DeleteUntuk pengetahuan admin ahlul bait memang ada di Malaysia mereka keturunan dari Tun Habib abdul Majid..
ReplyDeleteTidak dinafikan adanya ahlul bait yg duduk di komuniti Melayu.. wallahualam. ^_^
DeleteTapi tulah melayu ni suka claim imam mahdi dari merlayu lah apabendelah ..Kan imam mahdi nabi dah cakap hidup mancung dalam hadis..Melayu ni genetik mancung ke??
ReplyDeleteTau la hidung ko x mancung, cuba cari orng yg hidung mancung comfirm jumpa.
ReplyDeleteLol aku bani hasyim dari suku quraisyh arab adnaniyah dan aku boleh jejak 50 generasi atas aku..bangsa arab terutama dari suku quraisyh sangat jaga kebanian dia dan nasab dari bapa bukan ibu..dna test haplogroup boleh check kau keturunan mana..Haplogroup J1 dari y chromosome ialah keturunan lelaki arab hatta kau makan tempe sekalipun kalau haplogroup O tu melayu.. Tak perlu nak dengar tamim tu melayu sebab kelakar dgn merepek..Tolong jngn suka melawak dan beradao dengan ulama hadis iaitu salah stu adab ialah menyebarkan takwil hadis melalui sanad yang sahih bukan yang direka cipta mengikut kreativiti melayu
ReplyDeleteKat mana kite boleh check keturunan kita? kena bayar ke?
DeleteAku nak tahu jugak aku keturunan mana.
tengok komen2 kat atas ni, bagus2 semuanya ber ilmu.. tapi masih belum ada yang beri jawapan kepada persoalan utama bagi kita orang melayu ni... apakah harapan kita sebagai orang melayu untuk mencari dan mendokong pemegang bani tamim tersebut? adakah memadai dengan sikap 'kau salah, aku betul'di ruangan alam maya ini?
ReplyDeleteBilangan pemuda bani tamin bukan sampai jutaan org.. bilangan mereka sedikit (ratusan org sahaja). apa salahnya jika ianya dari kalangan org melayu. para tahfiz dan ulama pun ada ribuan. logik tak? 13 tahun awal dakwah Rasulullah di mekah pun bukan ramai pun..
ReplyDeletewallahu'alam...
Tuan guru saya ad mengatakan bani tamim itu dari keturunan Saidina Abu Bakar dan keturunan dia yg masih dikenali adalah Maulana Saad Sahab yg membuat usaha dakwah ke seluruh dunia dan dikabarkan dia akan menyerahkan tugas Amir Dakwah ini kepada Imam Mahadi apabila muncul nanti.
ReplyDeleteSekadar perkongsian.. wallahu'alam..
Deletemenarik
ReplyDeleteAdmin kau punya pemikiran cuma di skala 6 saja.....hal kiamat ini ada lah milik Allah tetapi kau berbicara begitu angkuh dengan menghina orang Melayu Islam sendiri , rukun hajar aswad di mana pulak ?? Arah rukun hajar aswad di mana pulak ?? Islam ada satu keistimewan iaitu Al Quran dan hadis.....jika kita baca Al Quran banyak ada tertulis tetang SEJARAH dari penciptaan dunia sampai akhir zaman itu pun jika kau ada otak mahu berfikir dan mengkaji.....jika kita pun balik semula ke sejarah kita , hanya rumpun Tanah Melayu saja yang masih berpegang kepada tali Allah.....negara yang lain habis dimurtad Kan atau memang murtad......kau fikir tak kenapa orang Melayu sangat berpegang dengan ajaran Islam itu dengan taat sampai sekarang walau lalai tetapi tetap tidak murtad , Dan satu lagi kuasa Allah kenapa orang Melayu Islam tidak m beramai ramai saja jika nak selamat dari dibunuh oleh penjajah dan orang kafir waktu dulu ?? Allah nak kita berfikir , yang dia menjaga panji hitam ( Bani Tamim ) seperti janji dia yang lain , pemegang panji hitam ini sendiri akan pergi ke arah timur Dan nak hendak ke Palestine dan di pertengahan jalan akhirnya muncul lah imam Mahdi dari susur galur Nabi Muhammad s.a.w maka pemegang panji panji hitam itu membaiah imam Mahdi nya di situ tetapi kau jahil dengan berkata pemegangp hitam ini mengaku imam Mahdi ......kau yang Allah tak beri kelebihan secara lantang berani dalam kejahilan menghina saudara Islam Melayu sendiri.....hal kiamat ini milik Allah tak mustahil Allah mengangkat darjat sesuatu kaum itu termasuk orang Melayu Islam , kembali lah kita kepada Allah , Al Quran dan hadis serta sejarah bangsa sendiri , penjajah kafir datang Tanah Melayu mereka mencuri buku buku sejarah , diari dan ilmu orang Melayu Islam sebab apa ??? Kau Allah anugerah Kan akal fikiran disuruh berfikir dan mengkaji bukan jadi lembu dicucuk hidung saja !!!
ReplyDeleteadakah di sini orang melayu perkasa menunggang kuda berperang?jangan mimpi melayu tu bani tamim. melayu tu suka duduk diam duit turun dari langit. ada hati mengaku bani tamim. kelakar
ReplyDeleteorang melayu ni hanya tepuk sebelah tangan je kononnya bangsa dia lebih baik dari bangsa lain. dia tidak sedar tanah semenanjung tu lokasinya bukan di timur. lokasi timur sebenar. cari di mana matahari terbit. di situlah timur yang tepat
ReplyDeleteLast2... Dah x de point nak jawab... Hujah dan jawapan pun dah macam budak-budak sekolah rendah...
ReplyDeletePencipta tak sebodoh yg diciptaNya lah... Tidak ada sesiapa dpt mendahului kuasa pencipta... Kita tunggu dan lihat kuasa pencipta digelombang akhir zaman ini..." Jadi.. maka jadilah "... AMINN... Allahualam...
Jng lah di cangah kn admin yg duduk dlm pikiran kotak sendiri. Dan jgn lah mnidak dan membtl kn fakta dan info masing2. Xde yg dpt memutus kn sape bnr. Lbh baik ambk dan jd k ilmu dan simpanan utk rujukan.bila ada ilmu baru blh merujuk dan mbeza kn. Andai kita dr bani tamin syukur. Andai kta bkn trs kn usaha untuk bersama bani tamin utk berjuang. Pendapat di atas blh di pakai kedua2nya. Kita perlu terbuka jgn mrasa kita jer yg btl. Sikap admin mcm megejrk bangsa sendiri juga harus di henti kn.kerana anda lah dari bangsa kita yg x de pn elok di mata awak.
ReplyDeletePenulis ..yakni Taufik Tuah sebenarnya memberikan buah fikiran dlm bentuk yg kritikal dan berilmiah. Beliau tidak merendahkan mana-mana golongan khususnya mbangsa melayu. Beliau juga di dalam penulisan ini tidak melambangkan inklinasi pada mana-mana kumpulan mahupun mazhab. Bagi saya, ini adalah satu nukilan yang baik dan melambangkan tahap intektual yang matang. Beliau memberikan pandangan yg bernas utk kita berfikir dan membuat penilaian. Beliau juga memberikan teguran kepada mereka yg menerima konsep bani tamim sbg melayu tanpa kajian mendalam, seterusnya kpd melayu umumnya utk penambahbaikan terhadap bangsa melayu. Berkemungkinan penulis sendiri ialah seorang melayu yang inginkan melayu memperbaiki diri. Dan kiranya mungkin, manalah tahu insyaAllah bersama sama bani Tamim membawa panji-panji hitam dari Timur.
ReplyDeletesekadar pandangan saya yg byk kelemahannya.