OLEH: Muhammad Hasif
Dahulu, Kerajaan Rom merupakan sebuah kerajaan Aristokrat yang sangat gemilang pada zaman antikuiti klasik (8 BC - 6 AD). Rom mempamerkan kepada dunia bagaimana sebuah kerajaan yang sangat sistematik susun atur ekonomi , ketenteraan dan pengaruh budaya barat sebelum kedatangan agama kristian.Kekuasaan mereka merentasi dari Utara England hingga ke utara sungai Nil (Mesir) . Berkurun lama sebuah kerajaan gergasi, yang memegang wilayah - wilayah penting ini akhirnya mencapai kemerosatan, akibat dari bebanan pentadbiran dan birokrasi.
Akhirnya kerjaan Rom yang mengalami kemerosotan terpaksa dibahagi kepada dua pentadbiran bagi mengurangkan beban pentadbiran oleh Diocletian pada 285AD menjadi Rom barat yang populasi majoritinya menggunakan bahasa latin ( Rom barat), manakala kembarnya di sebelah timur, populasinya menggunakan bahasa Yunani klasik sebagai pengantara yang terkenal sebagai (Empayar Byzantine).
Dalam masa yang sama, agama kristian di wilayah mediteranean (Judae, Baitulmaqdis) mula mendapat tempat dan berkembang dengan cepat meskipun ditindas oleh penguasa - penguasa Rom terutama Diocletian.
Bagaimanapun, ini berubah dibawah pentadbiran Constantine bagi wilayah timur dan barat Rom dan membenarkan perkembangan agama kristian ini dan menjadi agama yang dominan bagi Rom itu sendiri.
Menjelang kurun ke 4, terdapat 4 gereja yang menjadi tumpuan utama yang terletak di:
1.Antioch
2. Alexandria
3. Rom
4. Constantinople
Constantinople menjadi pusat pengajian, budaya dan mereka adalah waris kepada kerajaan Rom secara keseluruhan. ini adalah kerana sekitar 476 AD, kerajaan Rom barat tumbang hasil kemasukan dari kaum barbar dari suku Germanic yang menganuti agama kristian dan menggunakan bahasa latin.
Kebangkitan Justinian ke takhta menyaksikan bagaimana Byzantine mendapatkan kembali wilayah Rom yang tumbang kembali dalam lipatan Rom dari tangan - tangan barbar.
Kekuasaan Byzantine ini tidaklah lama, dan ia tidak dijangka oleh Byzantine dengan kemunculan kerajaan Arab islam dari bahagian jazirah (Khalifah rashidun) yang menelan hampir setengah wilayah mediteranean. Yang mana dua wilayah gereja utama kristian telah dikuasai oleh muslim (Antioch dan Alexandria) dan yang berbaki hanya Rom (latin) dan Constantinople (yunani).
Ini antara bibit - bibit awal persaingan antara dua kutub bagi mendominasi kuasa keagamaan bagi doktrin kristian (Patriarch di Constantinople dan Pope di Rom)
Kembali pada waktu kejatuhan Rom barat, Kaum nomad dan barbar Lombard mula menawan wilayah - wilayah Rom barat, tetapi kerana mereka adalah penganut kristian, mereka membiarkan Rom(ibu negara) dari menjarahnya buat masa kini.
Byzantine melihat hasil dari pentadbiran, pengaruh spiritual dan budaya ini dapat mengekang pengaruh dari kaum germanik kristian. Selama dua dekad pope tidak berani untuk membantah keputusan raja Rom (Byzantine), bahkan untuk seorang ditabalkan menjadi pope adalah dengan kelulusan raja.
Bagaimanapun, ini tidak lama, pergeseran dan jurang yang berlaku semakin membentuk antara dua kutub krisitan ini. Pada 726 AD, raja Leo III telah terbentuk satu gerakan 'Iconoclasm' yang telah mendapat tentangan Paus dan menjadi satu anjakan paradigma terhadap empayar Byzantine.
Dikala puak barbar Lombard yang semakin menghampiri selepas kota Ravenna ditakluki dan ibu kota Rom berasa terancaman dan pada waktu ini, Paus telah tidak menyatakan sokongan kepada Byzantine dan mula beralih ke arah barat bagi mendapat pertolongan.
Asalnya, suku Franks datang dari arah timur iaitu suku - suku Germanik,sejurus selepas kejatuhan empayar Rom barat. Dengan pantas mereka meluaskan pengaruh dan penaklukan mereka di dalam dinasti Merovingian iaitu sebahagian besar Perancis (masa kini) yang masa yang sama mereka telah pun menganuti agama kristian latin (katolik).
Di waktu ini, raja bagi Franks adalah 'Peppin the short' ialah karekter yang mengguling kerajaan Merovingian dan membentuk dinastinya sendiri iaitu Carolingians dan kepada Peppin lah yang Paus rom meminta pertolongan bagi menghadapi Lombards dan berjaya menghalau musuh.
Keputusan raja Peppin selepas dari kejayaan menghalau Lombards ini, telah menatijahkan kepada pembentukan satu kerajaan yang autonomi dari Ravenna hingga ke Roma dibawah pengaruh Paus. Dan kerajaan Paus ini bernaung di bawah kekuasaan dinasti Carolingians di bawah raja Peppin. Tindakan ini juga menyebabkan pergeseran lebih besar di antara katolik (rom) dan ortodok (Byzantine).
Comments
Post a Comment