OLEH: Freddie Aziz Jasbindar
Pada tarikh 30 Ogos 1957, upacara menurunkan bendera Union Jack iaitu bendera negara United Kingdom telah berlangsung di Padang Bandar Hilir, Melaka tepat jam 6.30 petang dan ianya adalah peristiwa yang cukup bersejarah dalam negara kita
.
Dengan terturunnya bendera Union Jack di Tanah Melayu ini, ia melambangkan serta simbolik terhadap berakhirnya pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu yang sepatutnya bermula pada tengah malam pada tarikh 30 Ogos 1957.
Dalam upacara menurunkan bendera Union Jack tersebut, ia turut disaksikan oleh Resident Commissioner pihak British di Melaka iaitu Mr. H.G. Hammett bersama-sama ribuan penduduk tempatan.
Bendera yang menjadi keagungan dan kedaulatan baginda Ratu itu diturunkan oleh dua orang anak kapal perang H.M.S. Saint Brides Ray dan kemudiannya bendera tersebut diserahkan kepada Mr. H.G. Hammett dalam upacara penuh istiadat.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment