OLEH: Abu Taqiyuddin & Taufiq Tuah
1. Ada yang dakwa dia mati dibunuh dengan dron. Ada yang kata dengan peluru berpandu. Ada yang kata letupan yang ditanam di rumahnya di Tehran sejak 2 bulan lalu. Mana satu yang betul kita tak tahu.
2. Jika serangan dari Dron mahupun Peluru Berpandu, takkan Iran tak boleh detact awal? Masuk ruang udara negara mereka kot. Dan lagi pelik, tak ada satu gambar mahupun video sama ada serpihan dron dan peluru berpandu di paparkan sampai hari ini.
3. Amat pelik bilamana seorang tetamu rasmi kerajaan Iran tidak diberikan kawalan maksima. Sedangkan kalau seseorang tu VVVIP, kompem berlambak-lambak pasukan keselamatan yang akan melindunginya.
4. Lagi pelik, dia dibunuh selepas Hamas dan Fatah bersetuju untuk bekerjasama membangunkan semula Gaza, atas usaha rundingan yang dijalankan oleh China.
5. Malah berita yang menyatakan Ismail Haniyeh mati dibunuh adalah Hamas, bukannya dari kerajaan Iran.
6. Berat hati aku menyatakan, bahawa yang membunuh Ismail Haniyeh dan pengawal peribadinya adalah mereka yang datang dari IRGC (Iranian Revolutionary Guard Corps)
7. Sehingga hari ini kita tak dengar laporan kematian dari pihak kerajaan Iran (pihak keselamatan yang mengawal keselamatan Ismail Haniyeh di Iran).
Kesimpulan : Jangan terlalu ikut sangat skrip dalam memahami hubungan Israel - Iran.
2 orang yang tak berapa tinggi kedudukannya dibunuh oleh IDF selepas Ismail Haniyeh meninggal dunia iaitu Mohammed Deif dan Fuad Shukr. Kedua-duanya ada kenyataan rasmi.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan.
Boleh dapatkan KLIK DI SINI.
Comments
Post a Comment