OLEH: Haziq Azhar
Pada tahun 1504, Babur telah berjaya menakluki menakluki Kabul dan seluruh Afghanistan dibawah beliau. Selepas kejayaan di Kabul, Babur telah menumpukan perhatian beliau kepada Punjab dan berjaya menakluki wilayah tersebut dengan kekuatan 13,000 askar dan kecanggihan teknologi meriam.
Pada tahun 1526, Babur telah menyerang Panipat dengan kekuatan 25,000 tentera dan manakala pula Sultan Ibrahim Lodi dengan kekuatan 50, 000 tentera. Walaubagaimanapun, Sultan Ibrahim Lodi terbunuh dalam pertempuran tersebut dan kemenangan telah memihak kepada Babur. Kemenangan tersebut telah memudahkan Babur memasuki kota Delhi dan dimahsyurkan sebagai Sultan Hindustan yang baharu. Secara rasminya, Empayar Mughal telah juga ditubuhkan dengan Babur sebagai Maharaja Pertama. Putera Babur, Humayun telah diperintahkan untuk menakluki kota Agra dan kejayaan telah memihak kepada Humayun.
Selepas itu, Sultan Mahmud Lodi dengan gabungan sekutu Maharaja - Maharaja Hindu di Benua India telah bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan ancaman Babur dapat dikekang. Namun begitu, gabungan tersebut tidak berjaya mengekang kemaraan Empayar Mughal disebabkan kecanggihan peralatan senjata dan meriam yang dimiliki oleh Babur. Kejayaan Babur dalam pertempuran di Khanwa telah memudahkan Empayar Mughal menakluki negeri - negeri di Benua India.
Pada tahun 1530, Babur telah wafat dan takhta tersebut diwarisi kepada Humayun sebagai Maharaja Mughal yang baharu. Kejayaan Babur disamatarafkan dengan Sultan Muhammad Al Fatih dan Sultan Selim dalam misi memperluaskan Empayar Islam
___________________________
~ Haziq Azhar ~
Telegram: https://t.me/rmb_slf
Twitter: https://www.twitter.com/rmb_slf
Instagram: https://www.instagram.com/rmb_slf
Web Site: 🖥 http://revolusimelayubaru.blogspot.com
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment