OLEH: Haziq Azhar
Semasa awal pemerintahan Humayun, beliau dikatakan tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk memerintah Empayar yang begitu luas sekali. Beliau berjaya merampas takhta selepas berjaya mengalahkan kesemua saudara - saudara beliau. Selepas itu, Empayar Mughal diancam oleh dua kuasa di Benua India iaitu Kerajaan Gujerat dan Kerajaan Suri. Pada tahun 1535, kerajaan Gujarat mendapat bantuan daripada pihak Portugis dengan melancarkan serangan keatas wilayah kekuasaan Mughal. Oleh itu, kerajaan Suri dibawah pemerintahan Sher Shah Suri telah melihat itu sebagai satu peluang untuk menjatuhkan Empayar Mughal apabila Humayun telah memimpin bala tentera ke Gujerat.
Selepas mendengar kerajaan Suri telah menyerang kota Agra, Humayun telah berpatah balik ke kota tersebut dan Sultan Bahadur dari Gujerat telah mengambil kesempatan untuk merampas kembali wilayah - wilayah yang baru sahaja diambil oleh Mughal. Oleh itu, pasukan tentera Mughal dibawah Humayun berjaya mengalahkan pasukan tentera Gujerat dibawah Sultan Bahadur pada Februari 1537 sehingga Sultan Bahadur sendiri terbunuh dalam pertempuran tersebut. Manakala, Humayun juga berhasil mempertahankan wilayah kekuasaan Mughal daripada Ser Shah Suri.
Walaubagaimanapun, Ser Shah Suri tidak berputus asa dan melancarkan serangan kembali keatas Mughal. Pada tahun 1540, Humayun telah berjaya dikalahkan oleh Ser Shah Suri sehingga terpaksa melarikan diri ke Kabul, Afghanistan. Selepas itu pula, Humayun terpaksa memohon bantuan perlindungan daripada Shah Safawiyyah di Parsi.
Semasa tiba ke Parsi, Humayun telah diberi penghormatan selayaknya seorang Raja. Disitu pula Humayun telah melihat keindahan seni bina kerajaan Parsi. Shah Tahmasp telah menawarkan bantuan ketenteraan bagi memastikan Humayun kembali berkuasa kelak dengan syarat Humayun bersetuju memeluk mazhab Syiah Imamiyyah. Tawaran ini dipersetujui oleh Humayun disamping itu beliau juga terpaksa berbuat sedemikian bagi memastikan nyawa dan keselamatan pengikutnya di Parsi.
Pada tahun 1545, Sher Shah Suri telah mangkat dan digantikan oleh puteranya Islam Shah. Islam Shah tidak seperti bapanya dimana beliau merupakan pemimpin yang lemah dan kerajaan dibawah pimpinannya amat lemah. Oleh itu, Humayun mengambil peluang untuk menuntut kembali takhta Mughal tersebut. Humayun dan bala tenteranya menyerang negeri Punjab dan berjaya mengalahkan bala tentera Suri. Selepas itu, Islam Shah berjaya dikalahkan di Delhi pada tahun 1555 dan Humayun berjaya ditabalkan kembali menjadi Maharaja Mughal. Walaubagaimanapun, Humayun telah mangkat pada tahun 1556 iaitu tidak sampai setahun pemerintahan. Takhta Maharaja Mughal diserahkan kepada Akbar yang masih muda pada ketika itu iaitu 15 tahun. Segala urusan pentadbiran dibawah Bairam Khan selaku pemangku kerajaan Mughal disebabkan Akbar pada ketika itu masih belum matang lagi
___________________________
~ Haziq Azhar ~
Telegram: https://t.me/rmb_slf
Twitter: https://www.twitter.com/rmb_slf
Instagram: https://www.instagram.com/rmb_slf
Web Site: 🖥 http://revolusimelayubaru.blogspot.com
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment