Penarikan ATM Di Arab Saudi, Suatu Percaturan Bijak Atau Sebaliknya?

OLEH: Pen Merah

Baru sahaja memerintah tidak sampai berusia 100 hari namun tindakan drastik yang dilakukan oleh menteri pertahanan baru iaitu Mohamad Sabu yang mahu kerjaan Malaysia menarik semula askar Malaysia dari Arab Saudi kerana beralasan bahawa Malaysia tidak mahu masuk campur urusan negara luar. Bagi penulis, isu sebegini tidak wajar dipolitikkan kerana penglibatan Atm dalam Arab Saudi bukan hanya semata-mata menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkandas di Yaman malah mempertahankan Arab Saudi daripada diserang pihak luar.

Umum untuk diketahui, bahawa Atm telah diaturgerakkan ke Arab Saudi pada tahun 2015 dan ditempatkan di barisan hadapan sebagai langkah berjaga-jaga dan dapat mengeluarkan rakyat Malaysia keluar dengan cepat dan selamat. Malah, Atm turut diberi penghormatan dan kepercayaan apabila dipilih untuk menyertai gabungan tentera pakatan Islam dan memberi maklumat perisikan dengan kerajaan Arab Saudi. Namun, tindakan menteri pertahanan seolah-olah ingin menunjukkan permusuhan kepada Arab Saudi dan beralasan bahawa Malaysia menghormati dasar luar negara yang tidak mahu mengcampuri urusan politik negara luar.

Tidak lama selepas itu, Hassan Nasrullah,pemimpin Syiah Lubnan pula memuji tindakan Malaysia ini dan menggesa agar negara lain turut menarik diri.

Jika penarikan misi ATM kerana Dasar Berkecuali negara sejak berpuluh tahun lalu, apa alasan penutupan pusat tersebut jika bukan kerana isu Sunni dan Syiah?

Bagaimanapun untuk rekod, misi ATM di Riyadh sejak 2015 ialah untuk memudahkan pemindahan keluar secara selamat dan lancar baki rakyat negara yang masih berada di Yaman.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Dr Zulkefli Mohd Zin ketika itu menafi berita bahawa Malaysia turut terbabit dengan pakatan negara Arab membantu menghalang pemberontakan di Yaman.

Menurut beliau, dua pesawat pengangkut C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditempatkan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Pangkalan Udara Putera Sultan (PSAB) di Riyadh, Arab Saudi sebagai tapak pendaratan sebelum berlepas ke lokasi pemindahan bagi menguruskan rakyat Malaysia keluar dari Yaman.

Jika mahu ditarik semula misi ATM di sana ia seharusnya atas dasar tiada lagi keperluan pemindahan rakyat Malaysia dari kawasan konflik di sana bukannya kerana dasar negara berkecuali. Ini kerana kedudukan askar kita di sana bukan untuk berperang dengan pemberontak Yaman.

Selebihnya sebagai Muslim dan Malaysia ini dianggap negara Islam, apakah salah kita mempunyai misi ATM di Arab Saudi yang sekali gus membantu negara itu mempertahankan tanah suci Makkah dan Madinah?

Malaysia selama ini menikmati banyak faedah dalam hubungan baik dengan Arab Saudi terutama dari segi kuota dan layanan jemaah haji serta pelaburan dari negara tersebut. Tidak mustahil semua ini akan terhakis jika Mohamad Sabu berterusan mengambil sikap yang tidak mesra Arab Saudi.

Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Barangsiapa yang menutupi aib seseorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya didunia dan diakhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.” 
(HR. Muslim)

Beralasan kerana dasar  Malaysia yang tidak mahu mengcampuri urusan negara asing adalah tidak wajar sekali kerana jikalau benar maka keanggotaan Atm di Lubnan haruslah ditarik semula, tambahan Lubnan sudahpun ditadbir oleh Syiah sejak sekian lama. Tidak ada bukti yang kukuh mengatakan bahawa Lubnan adalah negara yang aman kerana berbeza ideologi dan politik.

Maka penulis ingin mengatakan bahawa Berhati-hatilah mengurus hubungan antarabangsa, ia tidak semudah berceramah atas pentas politik.


___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments