Hashashin (Order Of Assasins)

OLEH: Haziq Azhar




Hashashin atau dikenali sebagai "Assassin's Order" merupakan satu organisasi rahsia yang memperjuangkan dan menyebar dakwah ajaran Syiah Ismailiyyah. Organisasi Hashashin diasaskan oleh Hassan Al Sabah yang memperjuangkan Abū Manṣūr Nizār al-Muṣṭafá li-Dīn’il-Lāh sebagai Khalifah Dinasti Fatimiyyah berdasarkan wasiat Khalifah Al-Mustansir Billah. Namun begitu, Ahmad al-Musta‘lī telah merampas kuasa dan melantik dirinya sebagai Khalifah Fatimiyyah. Putera Nizar, al-Hādī ibn Nizār telah melarikan diri ke Alamut dimana terletaknya pengikut - pengikut setia ayahanda. Pengikut Nizar dikenali sebagai "Nizari Ismaili". Imam Nizar dikatakan telah mati dibunuh dalam penjara kerana saudaranya, Ahmad al-Musta‘lī bimbang dengan pengaruh Imam Nizar semakin berkembang.

Kubu Masyaf, Syria.


Imam Hassan Al-Sabbah

Hassan Al Sabah sebagai pengikut setia Nizar telah menyebar dakwah - dakwah Syiah Ismailiyyah ke seluruh Dunia Islam seperti Syria dan Mesir. Pengikut - pengikut Hassan  Al Sabah semakin bertambah dari sehari ke sehari. Dengan memiliki pengikut yang ramai, Hassan Al  Sabbah menubuhkan organisasi untuk kepentingan politik dan dakwah Ismailiyyah di Alamut. Hassan Al Sabbah juga memiliki pengikut yang fanatik digelar "Fidayin" yang sanggup membunuh musuh demi mendapatkan ganjaran syurga yang dijanjikan oleh Hassan Al Sabbah.



Hashashin juga mempunyai rekod pembunuhan keatas tokoh - tokoh pemimpin Islam seperti Nizam Al Mulk (Wazir Besar Seljuk) dimana beliau dibunuh oleh seorang Fidayin yang menyamar menjadi ahli Sufi. Selain itu, Fidayin juga pernah membunuh seorang tokoh pemimpin Salib seperti Conrad Of Montferrat.

Organisasi Hashashin juga pernah dilawati oleh Marco Polo dimana beliau menyaksikan Fidayin dilatih dengan ketat, diberikan dengan ganja lalu diletakkan disebuah "Taman Syurga". Organisasi Hashashin berakhir apabila Imam Rukn-ud-Din Khurshah telah menyerah kalah ketika bertempur dengan tentera Mongol dibawah pimpinan Mongke Khan.

Rujukan:
Bernard, L. E. W. I. S. (1967). The Assassins: A Radical Sect in Islam.

Hanton. A (October 20, 2016). 10 Shocking Murders By The Original Assassins. Retrieved from: https://listverse.com/2016/10/20/10-shocking-murders-by-the-original-assassins/




___________________________
~ Haziq Azhar ~
Sahabat PENA


Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .




Comments