Aksara Bugis - Makassar Lontara/Daun Tala

OLEH: La Bougiez

Oleh sebab tulisan Bugis tu tengah viral, ada benda yang saya nak kongsikan, sedikit.

Nama tulisan itu adalah huruf lontara versi Bugis yang ada sedikit perbezaan dengan huruf lontara Makassar, huruf ini antara versi yang termoden, menurut beberapa sumber ia di cipta ketika zaman kebesaran kerajaan Gowa-Tallo di Sulawesi selatan mungkin sekitar kurun ke 16-17 oleh seorang cendekiawan bernama Daeng Pamatte.

Tapi sebenarnya ada beberapa lagi versi huruf/aksara Bugis yang lebih tua dan kuno dari aksara Bugis-Makassar yang kita lihat sekarang yang sudah tidak digunakan lagi.

Lontara ini sebenarnya bermaksud daun dari sejenis pohon palma yang digunakan sebagai medium menulis aksara-aksara di nusantara bukan hanya oleh orang-orang Bugis-Makassar tetapi juga digunakan di pulau Bali dan Jawa sebelum digantikan dengan kertas Cina dan Eropah. Orang Makassar menyebut daun ini sebagai daun Tala/Tal.

Sebelum penggunaan daun lontara dalam buku The Bugis karya Cristian Pelras, beliau sempat menyentuh tentang sebuah tradisi kuno Bugis dalam menyampaikan pesan-pesan rasmi, pesan tu ditulis diatas "surek ulaweng" bermaksud surat-surat dari emas, beliau lagi menyatakan kemungkinan "surek ulaweng" mengunakan huruf kuno yang sudah pupus, bermakna orang Bugis mempunyai banyak variasi aksara yang telah hilang.

Apa pula pencapaian kesusasteraan orang-orang Bugis? Orang Bugis mempunyai sebuah karya kuno yang setanding dengan karya-karya sastera besar dunia, iaitu I Lagaligo yang dianugerahkan sebagai karya sastera terpanjang didunia mengalahkan epik Ramayana dan Mahabrata.

Dibawah adalah cara penyimpanan daun lontara yang dibentuk seperti gulungan film.





___________________________
~ La Bougiez ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________






Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments