Mari kita membaca satu petikan dari Injil Barnabas, dalam Bab 14 : Empat Puluh Hari Puasa & Dua Belas Pengikut:
"Yesus, melihat betapa besarnya mereka yang kembali kepada hati mereka untuk berjalan dalam hukum Allah, naik ke gunung, dan bersolat di sepanjang malam, dan ketika hari sudah menjelma dia turun dari gunung, dan memilih 12 orang, yang dia panggil 'Pengikut', di antaranya adalah Yudas, yang
telah dibunuh di atas salib. Nama mereka ialah: Andrew dan Peter - saudaranya, (seorang) nelayan; Barnabas, yang menulis (Injil) ini, dengan Matius si pemungut cukai, yang duduk di kaunter penerima cukai; Yohanes dan Yakobus, anak-anak Zebedeus; Thaddaeus dan Yudas; Bartholomew dan Philip; Yakobus, dan Yudas Iskariot si pengkhianat. Untuk ini, dia (Yudas) selalu mendedahkan rahsia Ilahi..."
Catatan
(1) Kita mengetahui bahawa Injil adalah Firman Allah disamping Taurat, Zabur dan Al Quran.
(2) Firman Tuhan adalah Perkataan Allah, bukannya ayat-ayat manusia. Bukan pula sebuah biografi seorang manusia.
(3) Jelas dalam petikan diatas menyatakan bahawa Barnabas adalah penulis kepada buku tersebut.
(4) Sudah kita imani bahawa Allah menurunkan Injil secara lengkap kepada Nabi Isa, tidak seperti Al Quran yang berperingkat-peringkat.
(5) Apakah ketika Nabi Isa mendapat Injil, dan dibacakan kepada para muridnya, maka mereka sudah tahu setiap perjalanan yang akan ditempuh, termasuk pengkhianat yang dilakukan oleh Yudas?
(6) Walaupun mereka sudah tahu, namun mereka menjalani kehidupan seperti berlakon dalam sebuah pentas kehidupan dengan skrip yang telah dihafal. Malah Yesus menceritakan kepada seluruh umat Yahudi apa yang akan dilakukan oleh setiap mereka, satu persatu.
(7) Nampaknya mereka adalah patung boneka yang terikat dengan tali menjulur dari langit, melaksanakan apa yang telah ditulis dalam Injil yang mereka sedia maklum, seperti aqidah Jabariyah!
(8) Dari sisi ini sahaja sudah cukup untuk menolak kesemua Injil termasuk Injil Barnabas sebagai firman Tuhan. Tidak perlu dicari sisi kontradik dalam Injil Barnabas untuk membuktikan ia bukan Injil yang asli seperti yang diajarkan oleh Yesus.

___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram: https://t.me/rmb_slf
Twitter: https://www.twitter.com/rmb_slf
Instagram: https://www.instagram.com/rmb_slf
Web Site: 🖥 http://revolusimelayubaru.blogspot.com
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments
Post a Comment