OLEH: La Bougiez
Ketertarikan Stamford Raffles pada khazanah tulis Melayu
Sulalatu's salatin sebuah karya agung dunia sastera Melayu, karya klasik Melayu yang mendunia, disebalik nama besar Stamford Raffles yang telah bersusah payah dengan minat dan usaha untuk mengumpulkn naskah2 lama Melayu, hal ini juga turut mendorong perhatian dan minat yang sama dari sahabatnya John Leyden di tahun 1807 dalam usaha menterjemahkn karya tersebut yang pada ketika itu disebut sebagai Sejarah Melayu(Sulalatus Salatin sebutan Arabnya) dan diperkenalkan oleh Leyden sebagai Malay Annals. Dibalik kejayaan penerbitan Malay Annals ada nama kecil yang tersembunyi seorang Munsyi dari negeri jelapang padi.
Ibrahim anak kelahiran Kedah 1780 merupakan anak paling muda dlm keluarga Hakim Long Fakir Kandu seorang pedagang keturunan india dari Chulia yang sudah turun temurun menetap di Kedah. Beliau juga adalah adik kepada Ahmad Rijaludin bin Hakim Long Fakir kandu seorang pelopor sasterawan moden Melayu dengan karyanya Hikayat Perintah Negeri Benggala tahun 1811 yang mana kini tersimpan di British Library,London. Semasa hayat beliau, Ibrahim pernah berkhidmat sebagai guru bahasa,penterjemah dan jurutulis kepada Stamford Raffles.
Tentang perananannya itu moleklah jika kita mengambil langsung kisah yang di ceritakan oleh Annabel Gallop seorang pengkaji manuskrip yang tertarik pada seni ukiran naskah dan kurator koleksi Asia Tenggara, di British Library(1994:156). Ibrahim yang secara kebetulan telah dibawa ke Benggala oleh John Leyden yang merupakan sahabat T.S.Raffles. Pada 15 september 1810,Ibrahim dibawa kerumah Gobenor General di Calcutta dan berkesempatan menuangkan pengalamanya dalam sebuah naskah tetapi sayangnya naskah asli tersebut sudah tidak dapat dikesan lagi,namun masih tersisa sebuah naskah terjemahan dalam bahasa Inggeris oleh Leyden (Graham 1812: 187-203). Menurut Gallop tugas utama Ibrahim adalah sebagai penulis surat rasmi dalam bahasa melayu untuk Raffles dan orang lain yang terlibat dengan urusan SHTI( Syarikat Hindia Timur Inggeris).
Ibrahim juga ditugaskn untuk membuat salinan surat2 Melayu yang akan disimpan di arkib SHTI dan untuk mencatatkn dan menyimpan naksah Melayu Yang diarahkan oleh Raffles antaranya Hikayat Silambari (1806) dan Hikayat Parang Puting (1806) . Selain itu beliau juga menyalin manuskrip2 yakni Undang Laut Melaka dan Undang2 Melaka pada tahun 1810. Manuskrip yang disalin di Pulau Pinang untuk Stamford Raffles kini tersimpan di Royal Asiatic Society,London.
Gallop dalam ungkapanya :
Technically almost flawless,it is nonetheless completely a typical for a Malay manuscript,with countless features that set it apart from other illuminated Malay books,.. The scribe was therefore familiar with Malay,Arabic and Persian,and may have been of indian descent
Sumber
1: Masyarakat Pulau Pinang Dalam Arus Sejarah (USM)
2: Annabel Gallop, British Library
3: yayasankaryawan
___________________________
~ La Bougiez ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________



Comments
Post a Comment