OLEH: La Bougiez
Semua pedagang asing turut serta dalam perarakan, 30 ekor gajah berhias, 200 pemimpin pasukan, 2.000 prajurit berpedang, masing-masing 2.000 dari tentera yang senjatanya
berbeza-beza.
Kita tahu bahwa kemegahan demikian tidak hanya ada dalam
benak penulis istana, sebab berbagai catatan orang asing tentang Aceh masa itu menerangkan arak-arakan besar ini di mana orang asing juga diharapkan
turut mengambil bagian antaranya catatan pengembara Inggeris Peter Mundy
(Anthony Reid)
Peter Mundy seorang pelancong dari Inggeris. Walaupun hanya berkunjung ke Aceh selama 10 hari, dia melihat sebuah upacara besar yang menyertakan perarakan puluhan ekor gajah pada tahun 1637. Dia menjelaskan secara jelas upacara yang diselenggarakan selama perayaan Aidil Adha . Majlis tersebut dihadiri oleh penonton termasuk warga asing. Sultan menjemput semua orang hadir, dari orang biasa hingga kerabat diraja.
Dalam majlis itu, 30 gajah dihiasi dan terbahagi kepada beberapa barisan. Terdapat empat gajah setiap baris. Kebanyakan gajah diliputi sutera sehingga hanya terlihat bahagian kaki, telinga, mata, dan belalai gajah. Gajah tungangan Raja kelihatan menarik. Dihiasi dengan fabrik mewah yang meliputi hampir seluruh badan dan menara setinggi satu meter di pasangkan pada tubuh gajah , gajah berada di belakang. Gambaran lebih jelas boleh lihat pada lakaran yang dibuat oleh P. Mundy.
Sumber: Asia Tenggara Dalam Kurun Niaga Jilid 1
___________________________
~ La Bougiez ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .





Comments
Post a Comment