OLEH: La Bougiez
Hannibal? , siapa yang tidak pernah mendengar nama besar seorang panglima perang yang ulung, di zaman lampau empayar bangsa Pheonecia.
Ketika kota Carthage dilanda perang bertahun-tahun dengan Rom, yang disebut-sebut sebagai perang Punic, nama Hannibal yang mendapat gelaran "bapa strategi" oleh seorang sejarawan ketenteraan Theodore Ayrault Dodge, mulai kedengaran riuh di kota-kota negara Rom ketika Hannibal melancarkan kempen perang kilat (barca/baraq).
Beliau dengan pasukan bergajahnya diiringi nekad yang luar biasa melintasi banjaran pergunungan Pyrenees dan Alps yang bergurun salji, walaupun banyak korban nyawa yang mati kedinginan tetapi mereka berjaya memenangkan beberapa perang dengan pasukan Rom, yang membuat kota Rom terancam.
Dengan sebuah sumpah yang beliau ucapkan:
"Aku bersumpah jikalau umurku mengizinkan, akan ku tahan takdir Rom dengan besi dan Api"
Sumpah ini juga yang membara didada Raja Haji, seorang anak Melayu-Bugis dari empayar Johor Riau-Lingga, nama baginda sangat menakutkan bagi Belanda, setelah memenangkan perang di Riau tahun 1784 dan meneruskan kempen pengusiran Belanda yang bertapak di Melaka dengan bantuan anak saudara baginda, Raja Ibrahim dari Selangor yang menyerang dari arah utara Melaka.
Strategi ini sangat berkesan dan membuat Melaka(Belanda) hampir tertawan.
Antara terjemah dari google translate ayat dalam gambar dibawah,
"RADIA HADGÉ sworn, so long as he could see that limb, never to make peace with the Company, but to avenge himself."
___________________________
~ La Bougiez ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment