Agama Dein Illahi - Bahai - Syiah - Moghul

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Kerajaan Moghul yang megah didirikan setelah runtuh Kerajaan Delhi, meneruskan kelangsungan kerajaan Islam di Benua Kecil Asia - India.

Ketika naik Maharaja ke 3, Akhbar, dia telah mencipta agama baharu yang dipanggil Dein Illahi; menggabungkan 'kebaikan' yang wujud dalam setiap agama.

Bagaimana dia boleh bertindak demikian?

Mustahil dia bangun pada satu lagi dan terfikir untuk menggubah satu agama baharu!

Pasti ada sesuatu yang menjadikan dia sebegitu, sesuatu yang telah meresap lama dan membina sedikit demi sedikit lalu kemuncaknya dia pun bertindak.

Itulah yang berlaku. Ayahnya (Humayun) telah berkahwin dengan ibunya yang bernama Humaidah Begun, seorang Syiah. Maka lahirlah dia dan dibesarkan dalam keadaan liberal: menganggap Syiah itu benar dan Sunni itu pun benar.

Humayun bukan sahaja mengambil Syiah sebagai isteri malah melantik Bairan Khan yang Syiah sebagai penasihat peribadi.

Setelah Humayun mangkat maka Akhbar naik takhta dan Bairan Khan masih menjadi penasihat kepada Maharaja.

Selain Bairan Khan, Akhbar belajar kepada para guru Syiah dan Aqlaniyun. Antaranya adalah Mir Abdul Latif yang dianggap Syiah.

Mir Abdul Latif inilah yang memperkenalkan kepada Akhbar konsep Suleh-i-kul; iaitu keagamaan sejagat yang membawa makna wujud kebaikan pada setiap kepercayaan.

Dari konsep inilah dikembangkan oleh Akhbar menjadi Dein Illahi.

Selain Mir Abdul Latif, dia juga berguru kepada tiga orang tokoh Islam Liberal iaitu Syeikh Mubarak dan dua anaknya iaitu Abu Fazi dan Abu Faisi.

Pada 1517, dia mendirikan Ibadat Khanah, sebuah dewan 'Diskusi Agama'. Mulanya dia memanggil para ulama Islam dari pelbagai mazhab aqidah untuk berdebat. Semakin lama dia mendebat perdebatan maka semakin hilang kepercayaan dia kepada Islam.

Lalu dia mula memanggil pendita dan pemuka agama lain untuk melakukan debat antara-agama. Akhirnya kekeliruan dia semakin menebal dan dia pun melihat kembali ajaran gurunya Mir Abdul Latif.

Keyakinan dia kepada Sileh-i-kul memuncak lantaran dia mendapati dalam setiap perebatan antara mazhab dan antara agama; semua mereka itu mempunyai satu matlamat iaitu menuju tuhan dengan jalan kebaktian dan kebaikan.

Inilah yang gurunya katakan bahawa setiap kepercayaan itu membawa kebaikan, lantas diapun mencipta Dein Illahi, sebuah agama campuran antara Islam, Hindu, Majusi, Kristian, Jaina, Budha.

Pada hari ini, Bahai mungkin adalah penjelmaan semula agama Dein Ilahi.

Dia bukan sahaja berkahwin dengan dua puteri raja Kerajaan Hindu iaitu Puteri Raja Baghwan Das dan Puteri Raja Rajput.

Malah dia juga mengkahwinkan anaknya Jahanghir dengan Puteri Raja Marwar.



___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments