Babi Adalah Haram Dalam Ajaran Al-Kitab

OLEH: Abu Amru

Apa yang disajikan ini berupa dalil dalam agama Yahudi dan Nasrani, sengaja dipetik secara panjang agar maklumat tentang beberapa haiwan yang haram dimakan turut diketahui oleh pembaca.

Dalam kitab Imamat 11:1-8, berkatalah Tuhan:

"Lalu Yehuwa (Allah) berkata kepada Musa dan Harun: "Beri tahu Bani Israel, ’Binatang darat yang boleh kalian makan adalah binatang yang memamah biak (kelompok haiwan mamalia ruminansia) dan yang berkuku belah dan membentuk celah'". Tapi kalian tidak boleh makan binatang yang hanya memamah biak atau hanya berkuku belah. Yang pertama unta, kerana walaupun memamah biak, itu tidak berkuku belah. Jadi, unta itu haram. Juga hiraks (seperti arnab tetapi ahli zoologi menetapkannya sebagai kerabat gajah. Taburannya di sekitar Timur Tengah dan Afrika), kerana walaupun memamah biak, itu tidak berkuku belah. Jadi, hiraks itu haram. Juga arnab, kerana walaupun memamah biak, itu tidak berkuku belah. Jadi, arnab itu haram. Juga babi, kerana walaupun berkuku belah dan membentuk celah, babi tidak memamah biak. Jadi, babi itu haram. Kalian tidak boleh makan dagingnya ataupun menyentuh bangkainya. Semua itu haram".

Hal yang sama juga ada dinyatakan dalam Kitab Ulangan 14: 3-21,

"Jangan makan apa pun yang menjijikkan. Inilah binatang-binatang yang boleh kalian makan: sapi/lembu, domba, kambing, rusa, kijang, rusa roe, kambing liar, antelop, domba liar, dan kijang gunung. Semua binatang yang berkuku belah dan memamah biak boleh dimakan. Tapi, kalian tidak boleh makan binatang yang hanya memamah biak atau hanya berkuku belah, iaitu unta, arnab, dan hiraks, kerana walaupun memamah biak, itu tidak berkuku belah. Semua itu haram. Babi juga haram. Kerana walaupun berkuku belah, babi tidak memamah biak. Kalian tidak boleh makan semua itu ataupun menyentuh bangkainya. Dari binatang yang hidup di air, yang boleh kalian makan hanya binatang yang punya sisik dan sirip. Tapi semua yang tidak punya sisik dan sirip tidak boleh dimakan. Semua itu haram. Burung apa pun yang tidak haram boleh kalian makan. Tapi burung-burung ini tidak boleh dimakan: helang, rajawali ikan (helang tiram), burung bangkai hitam, helang merah, helang hitam, semua jenis helang lainnya, semua jenis gagak, burung unta, burung hantu, camar, semua jenis burung falkon, burung hantu kecil, burung hantu bertelinga panjang, angsa,burung pelikan, burung bangkai (nasar/hering), burung pecuk padi, bangau, semua jenis burung kuntul, burung hupo, dan kelelawar. Setiap serangga bersayap juga haram dan tidak boleh dimakan. Semua binatang terbang yang tidak haram boleh dimakan. Jangan makan binatang yang sudah mati saat ditemukan. Kalian boleh memberikannya kepada penduduk asing di kota kalian, dan dia boleh memakannya, atau kalian boleh menjualnya kepada orang asing. Kalian adalah umat yang suci bagi Yehuwa Allah kalian. Jangan merebus anak kambing dalam susu induknya".

Lembaga Menara Pengawal dari Mazhab Saksi-Saksi Yehuwa menulis dalam 'Perpustakaan Online Menara Pengawal:

"Meskipun ada bangsa-bangsa lain yang tidak makan daging babi, orang Yunani menganggapnya makanan yang lazat. Kerana itu, mungkin akibat pengaruh Helenistik, pada waktu pelayanan Yesus Kristus di bumi, tampaknya ada cukup banyak babi di Palestin, khususnya di daerah Dekapolis. Di daerah orang Gadara sekurang-kurangnya ada satu kawanan yang terdiri atas sekitar 2,000 ekor babi".

Kenyataan dari Mazhab Saksi Yehuwa itu bertepatan dengan apa yang disebutkan dalam kitab Yesaya (65: 2-4) tentang babi dimakan oleh orang murtad atau orang kafir:

"Sepanjang hari, Aku mengulurkan tangan-Ku kepada bangsa yang keras kepala,
Kepada orang-orang yang mengikuti jalan yang tidak baik,
Mengikuti pikiran mereka sendiri;
Umat yang terang-terangan terus menyakiti hati-Ku,
Yang mempersembahkan korban di taman-taman dan membakar korban di atas batu-batu.
Mereka duduk di antara kuburan,
Dan melewatkan malam di tempat-tempat tersembunyi,
Sambil makan daging babi,
Dan kaldu (stock) dari hal-hal menjijikkan ada di wadah mereka."

Sebenarnya Alkitab menyebut tentang pengharaman babi secara cukup jelas. Cumanya para pendeta Nasrani telah menukar kata 'babi' kepada 'babi hutan', padahal kedua-dua jenis babi itu tidak memamah biak.

Apakah babi domestik itu memiliki sistem perut seperti haiwan ruminansia?

Haiwan ruminansia memiliki empat bahagian perut, iaitu: rumen, retikulum, omasum, abomasum. Dengan adanya empat bahagian perut, membolehkan haiwan ruminansia memamah makanan yang telah dicerna dengan meluahkan kembali makanan yang telah dikunyah lalu mengunyahnya buat kali kedua.

Sedangkan babi adalah haiwan yang memiliki satu perut (mono gastrik) atau disebut non ruminansia. Belom wujud lagi babi yang memiliki sistem pencernaan empat bahagian perut.

Namun seperti yang telah disinggung oleh Mazhab Saksi Yehuwa / Jehovah, kaum Yahudi mula memakan babi lantaran terpengaruh dengan budaya kaum Romawi-Yunani Pagan. Akhirnya rata-rata penganut agama Yahudi dan Nasrani - kebanyakan mazhab dalam agama ini - menghalalkan makan babi dengan cara memisahkan dua jenis babi; yang diharamkan hanya babi hutan!

Hanya sedikit mazhab sekitar satu atau dua yang masih kekal berpegang kepada pengharaman babi.


___________________________
~ Abu Amru ~
Lajnah Makalah Agama
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments