OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Santa Maria adalah kapal terbesar barat yang digunakan oleh Columbus. Saiznya setinggi 30 kaki dan sepanjang 90 kaki. Mampu memasukkan 90 awak-awak.
Kerajaan Ming sedari 1405 hingga 1433 telah mengadakan 7 misi pelayaran dari Nanking hingga ke negara Afrika sehingga membawa pulang seekor zirafah.
Kapal yang dipanggil jenis Chun atau dikenal sebagaj Jong oleh Melayu, setinggi 150 kaki dan panjang 400 kaki.
Pembangunan Kapal Besar untuk Pelayaran di China bermula pada Dinasti Song dan kemudian Yuan. Namun kapal Chun yang memiliki 9 tiang layar hanya dicipta pada Dinasti Ming.
Jika banding dengan bangkai kapal di Madagaskar dan beberapa tempat lain, bangsa Melayu telah menuju ke Afrika pada Empayar Sampugita dan misi ini tamat sekitar 800M kerana Maharaja Sampugita ingin memperkuat tanah jajahan. Empayar Sampugita sezaman dengan Song dan Yuan.
Namun kapal Song dan Yuan masih gagal menyamai kekuatan dan kehandalan kapal melayu. Sehingga Jong milik Zhen He hanya mampu membawa 400 hingga 500 tentera sementara Jong Melayu Jawa mampu membawa 800 tentera.
Ketika itu di Barat, kapal hanya memiliki 1 tiang layar dan kemudian Raja Hendry membangunkan industri kapal dengan membuat 3 tiang layar. Para arkitek dan jurutera Barat tidak mampu mencipta kapal yang lebih besar kerana ilmu sains dan matematik mereka hanya terbatas di situ.
Kapal termaju 3 tiang layar itu diguna oleh Magelan (sebutan Arab: Majlan) menuju je Timur dan dia mati dibunuh kerana ingin memurtadkan Melayu di Mindano.
Dia berkata kepada penduduk Melayu Suluk bahawa dia akan memusnahkan umat Islan dan menfanggap bangsa Melayu itu bodoh dan sedia berperang.
Namun akhirnya dia kalah digempur Kesultanan Sulu. Lalu tamatlah riwayat manusia keji dan jahat itu.
Santa Maria yang dianggap maju oleh Barat itu banyak kali terkandas dalam pelayaran. Dan arkitek serta jurutera Portugis mengandaikan jika mereka cipta kapal yang lebih besar maka pasti kapal itu terus karam.
Oleh itu amat terkejut bangsa Barat setelah melihat kapal China dan mengikut catatan sejarahwan Portugis, saat Cakya Dunya - Jong Sultan Iskandar Muda - dibawa ke Pelabuhan Lisbon, terbelalak mata bangsa Barat dan tercengang mulut mereka.
Pada 1512, Alfonso membawa 60 pakar arkitek dan jurutera kapal untuk belajar dengan orang Melayu di jawa. Misi ini dirahsiakan tetapi dapat dihidu Belanda.
Santa Maria
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment