PERSAMAAN FALSAFAH CINA SILAM DENGAN FUQAHA 4 MAZHAB DALAM ISU MUZIK

Persamaan falsafah Cina Silam dan fuqaha empat mazhab dalam melihat kepada isu muzik.

Pengetahuan umum bagi setiap thalibul ilm adalah pengharaman muzik oleh keempat-empat Mazhab Muktabar; hanya Ibn Hazm dan beberapa Ulama yang minoriti sahaja yang menentang hukum keharaman muzik.

Apabila saya menelaah buku-buku sejarah Cina lebih kurang 10 tahun lepas, saya terkejut apabila mendapati bahawa seorang Ahli Falsafah Cina, Mo Zi (墨子) yang membawa fahaman Moizt juga mengharamkan muzik dan melarang orang ramai dan menasihati kerajaan zaman itu untuk mengharamkan pembuatan alat muzik lebih kurang 2300 tahun yang lalu!

Di dalam karyanya, 墨子, (mengikut sejarawan Cina moden, buku ini bukan ditulis oleh beliau; ianya adalah buku yang mengumpulkan pendapat beliau yang ditulis oleh pengikutnya) telah mengkhususkan tiga bab di dalam buku ini untuk menentang fahaman muzik, yakni

 《非乐上第三十二》
(Larangan Muzik, permulaan, bab 32)

《非乐中第三十三》
(Larangan muzik, pertengahan, bab 33)

《非乐下第三十四》
(Larangan muzik, akhir, bab 34)

Yang wujud hingga ke hari ini hanyalah satu bab sahaja, yakni bab 31; bab-bab yang lain semuanya telah hilang pada zaman Dynasty Song yakni lebih kurang 1000 tahun yang lepas

Antara pandangan beliau mengenai muzik adalah:

曰:孰为大人之听治、而废国家之从事?曰:“乐也。”是故子墨子曰:“为乐,非也!”

何以知其然也?曰:先王之书,汤之官刑有之。曰:“其恒舞于宫,是谓巫风。其刑:君子出丝二卫,小人否,似二伯。

《黄经》乃言曰:呜乎!舞佯佯,黄言孔章,上帝弗常,九有以亡。上帝不顺,降之百,其家必坏丧。”

察九有之所以亡者,徒从饰乐也。于《武观》曰(
:“启乃淫溢康乐,野于饮食,将将铭苋磬以力。湛浊于酒,渝食于野,万舞翼翼,章闻于大,天用弗式。”故上者,天鬼弗戒,下者,万民弗利。

是故子墨子曰:“今天下士君子,请将欲求兴天下之利,除天下之害,当在乐之为物,将不可不禁而止也。”

Terjemahan:

"Soalan:

Apakah yang menyebabkan pemerintah lalai dari menguruskan negara dan orang ramai?

Jawapan: ianya adalah muzik! Oleh itu, 墨子 (Mo Zi) berkata:

"Muzik adalah kesalahan yang tidak boleh dilakukan!"

Bagaimanakah kita tahu tentang pengharamnya? Raja terdahulu, 汤 (yang memerintah Dynasty Shang lebih kurang 3000 tahun yang lepas), di dalam buku hukumannya   《官刑》pernah menyatakan bahawa tarian yang muncul di istana digelar 巫风,hukuman bagi orang yang mengamalkannya  adalah:

Untuk orang mulia, hukuman dendanya adalah dua ikat benang sutera; hukuman lebih berat bagi orang jahat; yakni denda dua helai kain sutera."

Telah dicatit dalam Kitab 《黄经》bahawa dikatakan:

 "Amat malang. banyaknya tarian dan bisingnya muzik. Tuhan tidak memberkati, 9 negeri (daerah Cina 5000 tahun yang lepas) akan hancur. Tuhan tidak menjanjikan keamanan, maka akan turunnya pelbagai bala kepada negara ini, maka akan hancurlah keluarga ini

(Merujuk keluarga dynasty Xia, lebih kurang 5000 tahun yang lepas).

Oleh itu, dengan mengkaji sebab kemusnahan 9 negeri (gelaran China pada Dynasty Xia dan Shang), ianya tidak lain adalah disebabkan mereka menggunakan alat muzik.

Di dalam Kitab《武观》menyatakan:

“夏启(Raja terakhir Dynasty Xia) telah memainkan muzik secara berleluasa, dan telah makan dan minum dengan banyaknya di luar (memenuhi nafsu). Keadaan Tarian《万》sangat besar, sehingga bunyi (muzik) sampai ke langit. Langit tidak menganggapnya sebagai satu upacara penyembahan.

Maka, Yang Di Langit tidak menganggapnya sebagai satu upacara penyembahan, yang di bawah, tiada faedah bagi rakyat. Oleh itu 墨子 berkata:

Orang mulia zaman ini yang ingin berbakti untuk orang ramai dan ingin mencegah keburukan dari orang ramai, maka muzik adalah satu perkara yang tidak boleh bagi mereka untuk tidak mengharamkannya (maksudnya wajib mengharamkan muzik).

[Tamat petikan]





Di sini, kita lihat 墨子 bukan sahaja keras dengan pendapatnya untuk mengharamkan muzik, malahan dia membawa "dalil-dalil" dari Kitab-Kitab Cina Kuno (5000-6000 tahun yang lepas) untuk menunjukkan bahawa Muzik adalah punca kerosakan sesuatu masyarakat.

Ini adalah amat bertentangan dengan fahaman Confucius 孔子, di mana antara 6 subjek yang diajarnya (六艺) adalah termasuk ilmu bermain alat muzik. 六艺 adalah 6 subjek yang diajar kepada golongan Bangsawan, yakni

1. Adab; 礼
2. Memanah; 射
3. Main alat muzik; 乐
4. Menulis;书
5. Mengira; 数
6. Memandu kereta kuda; 御


Sesuatu yang amat menarik di sini adalah 墨子 menyatakan bahawa antara kerosakan muzik adalah munculnya tarian-tarian yang melalaikan.

 Ini mengingatkan kita tentang athar dari Ibn Abbas yang dicatit dalam Tarikh At-Tabari, di mana Syaitan telah memperkenalkan muzik kepada kaum Nabi Syits, dan mereka mula menari mengikut rentak muzik yang dihasilkan oleh alat muzik ciptaan Syaitan. Dari tarian inilah, terjadinya dosa zina.

Yang menariknya, muzik dan zina juga ada kaitan yang rapat dalam sejaraj cina. Dalam Kitab 礼记:

淫乐 adalah satu kelakuan keji di mana orang-orang bangsawan memenuhi nafsu syahwat mereka dengan mendengar muzik dan berzina.

 Ini kerana bangsawan Cina yang buruk perangainya zaman dahulu sering mengupah 歌妓 (歌:nyanyian ; 妓: pelacur) untuk menyanyi dan memainkan muzik di rumah mereka, yang kemudiannya akan mereka tiduri.

Oleh itu, bangsawan-bangsawan Cina yang terkenal dalam sejarah adalah kebanyakkannya mereka yang tidak pernah mengupah 歌妓 untuk bermain muzik, contohnya 王安石;Ini menunjukkan ketinggian sikap moral mereka.

Gambar hiasan semata-mata

___________________________
~  Douglas Kirk ~
Lajnah Makalah Sejarah RMB
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments