Kisah Nestapa Permaisuri Nazli Dan Puteri Fathia Dari Mesir

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Agak menyedihkan apabila bekas permaisuri kepada Fuad I, 'Raja Mesir dan Sudan, Penguasa Nubia, Kordofan, dan Darfur', murtad bersama anak bongsu mereka.

Fuan I melihat Nazli Sabri pada sebuah acara pementasan opera dan berkahwin pada 1919. Nazli adalah isteri kedua sang raja.

Selepas kewafatan suaminya maka anak lelakinya, Faruk menjadi raja pada 1936. Ketika itu, Nazli menjadi Ibu Permaisuri.

Namun pada 1950, Raja Farouk melucutkan jawatan ibunya dan gelaran adik bungsunya, Puteri Fathia. Ini kerana mereka berdua murtad menjadi penganut Roman Katolik ketika Fathia berkahwin dengan Riyad Ghali yang Nasrani.

Sepatutnya urusan perkahwinan itu akan menjadikan umat Islam bertambah. Lihat sahaja Melaka, dengan polisi 'Dakwah Secara Perkahwinan' maka lebih dari tiga kerajaan berjaya diislamkan.

Bagaimana mungkin seorang yang belajar tauhid yang benar, yang punya aqal waras: mengerti bahawa Tuhan Pencipta itu tunggal, lalu boleh beruoa untuk percaya sebuah doktrin yang tidak masuk aqal: tiga oknum dalam satu atau triniti bagi istilah yang mahsyur.

Mereka ini adalah dari Dinasti Muhammad Ali. Satu Dinasti yang menjadi musuh Kerajaan Dariyyah. Al Jabarti, seorang ulama besar Mesir dan juga ahli sejarah, yang hidup di waktu perang antara Mesir dan Dariyyah. Pernah bertemu dan menemubual tentera Najd yang menjadi tawanan perang.

Beliau pernah menyaksikan peperang tersebut. Beliau ada mengungkapkan betapa soldadu Dariyyah itu sangat taat agama malah pandai melakukan solat khauf, sedangkan tentera Mesir tercenang melihatnya kerana tidak tahu!

Diceritakan juga yang tentera Mesir membawa arak dalam perjalanan menuju Najd namun dibuang di tengah jalan.

Gambar hiasan dari -deenamik-

___________________________
Abu Amru Radzi Othman



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments