OLEH: Amirul Mukminin
.
Pada 22/12/2018 merupakan kali ketiga kerajaan Amerika telah ‘shutdown’ dalam 2018 sahaja. Apa sebenarnya shutdown? Bagaimana ia berlaku? Apa impaknya?.
Politik Amerika Syarikat, penutupan kerajaan berlaku apabila Kongres gagal meluluskan atau Presiden enggan menandatangani undang-undang pembiayaan peruntukan (budget) untuk operasi agensi kerajaan persekutuan (Federal government). Dalam kes ini, tafsiran menurut Akta Antipefisiensi , menghendaki kerajaan pusat memulakan "penutupan" aktiviti yang yang melibatkan kakitangan yang tidak penting dan pengurangan aktiviti dan perkhidmatan agensi. Ini bermakna okerajaan federal/pusat akan berjalan sangat minimal. Misalnya akan banyak jabatan/agensi tutup dan pergerakkan ketenteraan/polis akan diterhadkan. Tapi kerajaan tetap ada . Jangan risau.
.
Mekanisma ini merupakan sebuah mekanisma semak imbang di Amerika yang sangat kompleks. Ini untuk mengelakkan leluasa dan salah guna kuasa oleh Presiden. Inilah kekuatan semak-imbang dalam demokrasi Amerika yang tidak ada di kebanyakan negara lain.
.
Sejak 1981, kerajaan Amerika pernah shutdown sebanyak 12kali. Dibawah Reagan, Clinton, Bush si Bapa, Obama dan kali ini Trump.
.
Kongres merupakan badan yang terdiri dari dua dewan: House of Representatives dan Senate .Di Amerika, rakyat memang tidak suka dengan Kongres sebab mereka ini kebanyakannya orang tua, kuat bercakap dan terlalu ideolog yang menyebabkan polarisasi politik Amerika.
.
Semenjak Trump menjadi Presiden sudah 3 kali kerajaan ‘shutdown’. Januari 2018-kerana keputusan mengenai DACA , polisi jagaan kanak-kanak immigrant, kedua Febuari hanya 9jam, dan kini Disember kerana Trump mahu meluluskan pembinaan tembok di sempadan Maxico.
.
Trump mahu memanjangkan shutdown kali ini, mengunakan kesempatan sengketa ini untuk menekan kongres agar keputusan beliau diakur oleh mereka. Trump mahukan manifestonya (yang bukan kitab suci itu) tidak dapat tidak dilaksanakan, Trump juga mahu mereka akur untuk mengiakan Dasar Luar beliau terutama berundur dari Syria di dengari. Walaupun setiap hari media liberal (Liberal Amerika berbeza dengan liberal Eropah) memburukkan beliau, Trump ada cara yang lebih ‘bold’ dan kasar untuk ‘manoeuvre’ dalam sistem sehingga belia mahu menjatuhkan reputasi kongres di mata publik.
.
Pergelutan kuasa dalaman Amerika memang memberikan impak pada kuasa diplomasi dan Dasar Luar mereka. Dengan masa kacau ini China dan Russia serta kuasa rantau non-western lain dilihat begitu mengambil kesempatan ,Pakistan, India, Turki, Iran masing-masing menangguk di air yang keruh tapi kenyataannya mereka tetap tidak boleh terlepas dengan keleluasaan Pantagon . Dalam masa itu juga Pentadbiran Trump tidak lepas pandang akan China manakala Kongres tetap memantau permainan Russia dalam uruscampur mereka terhadap politik dalaman Amerika. Bukan mudah mengatakan Amerika sedang merudum, kerana sistemnya yang memangkin mereka agar tetap berkuasa sebagai Adikuasa.
___________________________
~ Amirul Mukminin ~
Sahabat PENA
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment