OLEH: Haziq Azhar
Selain itu, Tun Dr. Mahathir ingin mendapat sokongan yang kuat yang tidak berbelah bahagi daripada pengikutnya bagi merealisasikan agenda politik beliau. Ini kerana Tun Dr. Mahathir sedar bahawa rakan - rakan komponen dalam Pakatan Harapan seperti PKR, DAP dan Amanah belum tentu dapat diharap untuk menyokong segala agenda politik beliau. Lagipun, parti - parti komponen dalam PH mempunyai ideologi yang amat jauh berbeza sekali dan Tun M sedar akan perkara ini.
Situasi ini boleh dikatakan dalam buku The Prince, Niccolo Machiavelli adalah penguasa mesti tahu bagaimana untuk menjadi musang dalam situasi - situasi tertentu. Oleh itu, jangan hairanlah kenapa ahli - ahli politik jarang untuk berpendirian tetap kerana ahli politik yang mempunyai rekod yang cemerlang dalam karier mereka jarang mempunyai prinsip dan pendirian yang tetap.Ini hanyalah sekadar pandangan saya yang naif dan sebelum ini saya sudah beberapa kali mengulangi bahawa untuk menjadi seorang yang celik dalam politik, kita perlu menjadi realistik. Bukannya menjadi sang idealis yang melihat dunia dari perspektif angan - angan Utopia (fantasi). Adakah strategi lompat parti akan berjaya merealisasikan agenda politik Tun M? Adakah teori dan pandangan ini tepat? Hanya masa yang akan menentukan nanti.
___________________________
~ Haziq Azhar ~
Lajnah Makalah Sejarah
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment