OLEH: Jaber Soh
Zhu Yuan Zhang: daripada pengemis menjadi Maharaja dan pengasas Dinasti Ming yang teragung
朱元璋 mengasaskan Dinasti Ming dan menjadi Maharaja pada tahun 1368 Masihi, Ibu Kotanya berada di Nanjing.
Dalam beratus-ratus sejarah Maharaja China, 朱元璋 adalah Maharaja China yang paling miskin dan paling rendah asalnya.
Keluarga dia adalah petani yang bekerja dengan tuan tanah, dan dia bekerja sebagai pengembala lembu sejak kecil.
Pada akhir zaman Dinasti Mongol Yuan, China dilanda kemarau, sehingga keluarganya semua meninggal dunia, dan akhirnya tinggal dia dan abangnya seorang yang hidup.
朱元璋 pergi ke kuil 皇觉寺 untuk jadi Sami. Jadi Sami tak sampai berapa tahun, kena halau dari kuil sebab kuil dah tiada makanan.
朱元璋 pun jadilah seorang sami jalanan, yang hidupnya mengemis makanan sambil mengembara hampir seluruh China dengan jalan kaki. Dia tidak tahu yang pengalaman dia pada waktu ini akan menjadi satu pengalaman yang sangat berguna untuknya pada masa depan.
Dinasti Mongol Yuan di China sudah makin lemah, maka muncul lah banyak pemberontakan untuk menjatuhkan Dinasti Mongol Yuan; 朱元璋 menyertai pasukan pemberontakan 郭子兴 sebagai seorang askar biasa, 郭子兴 sangat gembira dan mengahwinkan 朱元璋 dengan anak angkatnya, 马氏. 马氏 ini bakal menjadi permaisuri 朱元璋 setelah penubuhan Dinasti Ming nanti.
Seperti yang kita katakan tadi, 朱元璋 mengemis sambil mengembara hampir seluruh China selama beberapa tahun, selepas dia menyertai pasukan pemberontakan 郭子兴, dia menjadi aset penting pasukan pemberontakan 郭子兴, kerana dia tahu dengan selok belok, lorong dan jalanan, gunung-ganang, pekan dan bandar banyak tempat, ini memberinya kelebihan dalam merancang strategi untuk melawan Tentera pemberontak lain dan juga Tentera Dinasti Mongol Yuan.
Setelah mengasaskan Dinasti Ming dan menjadi Maharaja, 朱元璋 amat rajin mengendalikan urusan Kerajaan.
Kerana 朱元璋 dahulu hidup susah, polisinya amat mesra rakyat, seperti contoh, dia menubuhkan 养济院 di seluruh China, yakni rumah tempat tinggal Orang-orang tua dan mereka yang cacat dan tidak boleh bekerja; semua perbelanjaaan ditanggung oleh Kerajaan Dinasti Ming.
朱元璋 juga menubuhkan 漏泽园, yakni hospital percuma pada zamannya.
Namun, walaupun dia mesra rakyat, 朱元璋 amat ganas terhadap pegawai-pegawainya. Dia telah membunuh ribuan pegawai, panglima termasuk Perdana Menteri dia, yakni 蓝玉 (panglima agama Islam),胡惟庸 (Perdana Menteri), keseluruhannya hampir 15000 orang pegawai dan ahli keluarga mereka yang dibunuh.
Antara sebab 朱元璋 bunuh mereka adalah kerana korupsi dan menggugat kuasa Maharaja.
朱元璋 amat benci dengan korupsi, dan dia banyak membunuh pegawai yang korup. Namun sayang, kerana dia hanya membunuh pegawai yang korup, namun tidak mengubah sistem untuk membasmi korupsi pada zaman Dinasti Ming, sehingga berapa banyak pegawai korup pun dia bunuh, tetap akan ada pegawai korup pada zamannya.
Anak lelakinya yang ke-4, 朱棣 adalah Maharaja Dinasti Ming yang ketiga, dan 朱棣 inilah yang menghantar Cheng Ho untuk belayar di lautan dan bertemu dengan Kesultanan Melaka.
Sumber:
Ringkasan dari《明史》, buku Sejarah Dinasti Ming.
___________________________
~ Jaber Soh ~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment