OLEH: Amirul Mukminin
.
Sebenarnya pakar-pakar hubungan antarabangsa dan sains politik berkhilaf dalam definasi dunia ketiga secara akademik walaupun senarai-senarai negaranya hampir sama. Harus difahami perkataan Dunia ke Tiga sering mengunakan rangka sosio-ekonomi sebagai aras penentuan, dan ada juga mengaitkannya dengan sosio-politik sebagai kriteraBaik, kita teliti beberapa takrifan apakah dunia ketiga .
PENAKRIFAN GEOGRAFIKAL: Sesetengah pakar menakrifkan bahawa negara Selatan adalah dunia ketiga. Ini kerana negara-negara yang berada di selatan glob, manakala negara-negara yang berada di utara glob di kira dunia pertama. Utara Global vs Selatan Global. Pada klasifakasi ini mereka melihat dari kacamata generalisasi bahawa negara-negara yang berada di selatan lebih mundur dari segi sosio-ekonominya. Menurut logic ini semakin utara sesebuah negara semakin maju dan semakin selatan semakin mundur sesebuah negara.
Antara yang turut mendokong teori ini Ahli ekonomi Thomas Sowell mencadangkan bahawa sebahagian daripada jurang pembangunan utara-selatan dikaitkan dengan perbezaan geografi, yang membolehkan mengenal pasti peluang lebih besar untuk pembangunan ekonomi di beberapa kawasan. Padanya kedudukan sungai-sungai di benua Afrika lebih jauh dan panjang dengan laut berbanding kedudukan sungai-sungai di benua Eropah yang membuatkan signifikasi geografi sebagai hujjah untuk meletakkan penakrifan geografikal sebagai definasi tepat untuk klasifikasi dunia ke-tiga dan pertama.
Malangnya penakrifan ini gagal menerangkan Australia mengapa ia menjadi negara dunia pertama. Juga gagal menerangkan bagaimana singapura, Malaysia, dan China menjadi begitu besar dan berdaya saing. Ini kerana jika geografi menjadi kayu aras, maka seharusnya kedudukan ekonomi juga adalah tetap dan tidak berganjak. Bahkan kewujudan terusan Suez tidak pernah mengubah ekonomi Mesir sejak lama lagi.
PENAKRIFAN PERANG DINGIN: Penakrifan ini menjadikan dunia kepada 3 bahagian melalui perang idealogi. Dunia pertama adalah mereka yang berkoalasi dengan negara kapitalisma dan NATO. Dalam perang dingin sejurus berakhirnya perang dunia ke 2, Amerika sharikat telah mengumumkan Marshall Plan sebagai bantuan kewangan untuk membina semula infrastruktur , pengindustrian negara yang teruk dilanda perang dunia ke2 dan disamping itu bertujuan untuk menyekat fahaman sosialisma. Negara sekutu dengan Gabungan Allied ini dikira dunia pertama.
Manakala negara komunis dan Warsaw Pact pula dikira sebagai dunia ke dua. Negara berkecuali NAM dikira sebagai dunia ketiga. Bapa pendiri Gerakan Negara Berkecuali (NAM) ialah Josip Broz Tito -Sosialis Yugoslavia, Jawaharlal Nehru -India, Sukarno -Indonesia, Gamal Abdul Nasser -Mesir dan Kwame Nkrumah – Ghana. Negara dunia ketiga lain kemudiannya menyusuri gerakan ini termasuk Malaysia. Kini NAM mempunyai 120 anggota dengan 53 negara dari Afrika, 23 negara dari Amerika selatan, 37 dari Asia, 1 dari Eropah dan 3 dari kepulauan Oceana.
Kritikan keatas penakrifan ini antaranya negara yang bersekutu dengan Blog Kapitalisma tidaklah semaju mana dan tidak mencapai taraf negara berpedapatan tinggi terutama negara yang pernah menerima bantuan Marshall Plan. Turki dan negara Eropah timur lain misalnya tidaklah semaju negar eropah barat ?. Selain dari itu Yugoslavia (negara ini sudah tiada), diketogorikan sebagai dunia ketiga walaupun ia sebuah negara faham sosialisma ? .Begitu juga Mesir dibawah Gamal Abdul Nasser yang merupakan seorang sosialis dari Parti Baath ? . India dimasukkan dalam ketogori dunia ketiga walaupun ekonominya mengejar China kebelakangan ini?.
Pengtakrifan ini juga dilihat begitu political-bias apabila bloc kapitalisma diletakkan dalam dunia pertama, negara komunis-sosialis kedua dimana ia mengangkat pro-barat sebagai kelas atasan dan tanpa begitu merendahkan sosialis yang juga mahu klasifikasi ini wujud bagi terus memberi kerelevenan pada strata Marxism akan tetapi malangnya mengetepikan negara yang berkecuali.
PENGTAKRIFAN COLONIALISM: sebahagian sarjana terutama pasca-kolonialisma berpendapat negara bekas jajahan kuasa konolial adalah negara dunia ke tiga. Teori ini antara yang tepat dan agak selari dengan pandangan golongan globalis atau marxis. Ini kerana jika dilihat sosio-ekonomi negara bekas jajahan mereka mempunyai trend yang lembab dan sukar untuk membangun. Selaganya bertitih tolak dari hujjah yang menyatakan golongan kuasa penjajah telah melarikan kekayaan dan meninggalkan kemiskinan dan penjajahan minda yang mengurung mereka dala stagnasi kemunduran ekonomi , budaya dan pemikiran. Pada pemikir pasca-kolonialisma, pendidikan sangat berkait rapat dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya negara-negara ini. Oleh kerana system dan ‘najis’ tinggalan penjajahlah yang mendefinasikan senarai negara-negara ini sebagai dunia ke tiga.
Lebih dari itu, golongan pasca kolonialisme percaya bahawa kemerdekaan dunia ketiga haruslah bersifat mandiri tanpa barat atau timur.
Tetapi penketogorian ini membuatkan negara dunia ke tiga sebagai kaku, jamid dan tidak berdaya untuk bergerak menjadi dunia kedua kerana bebanan sejarahnya. Bahkan sebahgian negara seperti Ghana dan kebanyakkan negara arab seperti Syria, Iraq, dan lainnya menggunakan faham sosialisma sebagai penolakkan terhadap penjajahan.
PENGTAKRIFAN SYSTEM-DUNIA: Teori system dunia dibangunkan oleh Immanuel Wallerstein pada 1975 berlunaskan teori Marxism dengan gambaran lebih besar (bigger picture) dan skala besar. Beliau mempelopolori teori ini dengan kesimpulan bahawa negara dunia ke tiga adalah negara yang mundur dan bergantung pada negara maju (kapitalis). Beliau juga membahagi dunia kepada Teras-semi pinggir-dan pinggiran atau dengan nama lain Dunia pertama-Kedua-Ketiga. Dunia ketiga dieksploitasi dan menjadi bergantung secara total pada dunia pertama., bahkan dibawah system kewangan-kapitalis (financial capitalism) ini, tiada negara ketiga mampu mengubah nasibnya melainkan sebuah ‘revolusi’ kepada Tatanan Dunia (world order) berlaku. Teori ini antara paling terkenal, tepat dan diterima memandangkan keselariannya dan padanannya terhadap reality sosio-ekonomi.
Kendatipun definasi terpakai meluas, ia turut mendapat beberapa kritikan. Antara yang keras mengkritik adalah para teoris developmentalism yang menyatakan bahawa dunia ketiga tetap akan membangun dan mengejar arus pemodernan kerana 2 sebab: 1- Pimpinan negara mereka inginkan negara yang lebih baik dan maju 2-wujudnya pembezaan dan kerumitan dalam peranan yang ada dalam membangunkan masyarakat. Selain itu, Beberapa pengkritik, termasuk R. Robertson dan F. Lechner, mencadangkan Wallerstein cenderung mengabaikan dimensi budaya sistem dunia moden, dengan alasan bahawa terdapat sistem dunia budaya global yang bebas daripada proses ekonomi kapitalisma. Teori ini juga telah mengabaikan apa yang dinamakan sebagai ideologi "rasmi" negara yang kemudiannya boleh didedahkan sebagai antara factor atau agen pemangkin ekonomi . Lebih dari itu idea beliau itu juga dilihat sebagai negetif kerana telah mewujudkan fahaman anti-globalism yang menjadi agen kepada kemunduran dunia ketiga.
KESIMPULAN
Apapun definasi yang diterima pakai, pastinya terdapat negara yang termasuk dan terkeluar dari senarai menurut kerangka masing-masing. Malaysia misalnya jika dilihat dari kerangka system dunia ia negara dunia kedua dan jika dilihat dari kerangka kolonialisma dan perang dingin dia negara dunia ke tiga. Akan tetapi , secara pukalnya kita menganggap bahawa ciri-ciri negara dunia ketiga adalah seperti berikut :Negara yang bertentangan dengan blok kuasa kuasa besar, mempunyai kesan jajahan masa lalu dan menanam kebencian kepada bekas kekuasaan penjajah dan imperialisme, yang kurang berkembang dari segi ekonomi, dan menderita kerana buta-aksara yang tinggi dan penguasaan kehidupan politik oleh golongan kecil elit berorientasikan system atau berpendidikan barat atau dictator baik apapun idealoginya, negara non-industrial, dan berpendapatan per kapita yang rendah.
bacaan lanjut :
.
*Toward a Defnition of the Term Tird World , Bernard W. Greene, 1 B.C. Tird World L.J. 13 (1980)
*Theories of political change and development
Brian Smith - Palgrave Macmillan - 2009
*.The AZ Guide to Modern Social and Political Theorists. Ed. Noel Parker and Stuart Sim. Wallerstein, Immanuel -1930
*"Third World". Encyclopedia of the Developing World. 3.Leonard, Thomas M. Taylor & Francis.-2006.
___________________________
~ Amirul Mukminin ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment